semasa menghadiri ceramah aman palestin, ada beberapa sebab yang kukuh kenapa aku, kau dan kita serta kami, yang mengaku bertauhidkan Allah SWT dan mencontohi Rasulullah SAW, perlu mencintai al-quds. dan sebab-sebab ini mempunyai dalil-dalil yang sahih dari AQ, hadith2 dan sirah (yang tak sempat aku catatkan). antaranya:
1. kata2 sultan salahuddin al-ayyubi: palestin merupakan kawasan paling strategik di dunia, di mana ianya menjadi penghubung dunia timur dan barat. siapa yang menguasai palestin, maka dia menguasai dunia.
2. masjid al-aqsa merupakan satu tempat yang diberkati. dimuliakan dalam AQ dan hadith2.
3. 80 orang nabi2 dilahirkan di bumi palestin.
4. 50 orang nabi2 dikuburkan di bumi palestin.
5. qiblat yang pertama ummat islam.
6. pernah menjadi persinggahan Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' wa Mi'raj.
7. Tiupan angin sangkakala akan dihembus dari kubah As-Sakhra.
dan antara peristiwa-peristiwa penting yang semakin dilupakan signifikasinya oleh ummat islam:
1. deir yassin 9 april 1948
2. nakbah 14 mei 1948
3. shabra wa shatila 16 september 1982
4. khaybar 7 hijrah
juga di dalam ceramah tersebut ada diselitkan serba sedikit mengenai pengertian disebalik bendera israel dan kaitannya dengan cita2 orang2 israel:
1. line biru atas: sungai furat (euphrates)
2. line biru bawah: sungai nil
3. cita2 israel: mendominasi kawasan dari sungai furat hingga ke sungai nil untuk mewujudkan israel raya.
serta mengapa israel sangat memusuhi hamas:
1. hamas memperoleh sokongan yang sangat kuat daripada rakyat palestin.
2. hamas sangat komited dalam perjuangannya.
3. hamas tidak pernah memberi kerjasama kepada israel.
4. hamas telah melancarkan ma'rikatul furqon (perang pembeda antara yang hak dan yang batil seperti yang telah dilancarkan oleh tentera2 muslimin di perang badar terhadap tentera musyrik) terhadap israel.
dan ceramah tersebut diakhiri dengan ustaz mejar nazri memetik kata2 sayyidina 'umar al-khattab semasa pemebasan palestin dari jajahan kerajaan parsi:
telah berkata sayyidina 'umar al-khattab kepada tentera2 muslimin ketika itu bahawa:
" sesungguhnya aku tidak gentar akan kehebatan persenjataan kerajaan parsi, akan tetapi, aku sungguh takut maksiat2 yang dilakukan oleh kamu (tentera muslimin) kerana pertolongan allah tidak akan datang kepada mereka yang melakukan maksiat"
" sesungguhnya aku tidak gentar akan kehebatan persenjataan kerajaan parsi, akan tetapi, aku sungguh takut maksiat2 yang dilakukan oleh kamu (tentera muslimin) kerana pertolongan allah tidak akan datang kepada mereka yang melakukan maksiat"
No comments:
Post a Comment