Wednesday, October 29, 2008

kisah rumah terbuka

eidul fitri yang sarat hedonisme


cerita pertama


sehari sebelum sambutan deepavali (aku tak sambut), aku dan beberapa orang rakan telah menziarahi rumah terbuka seorang sohabiah di rawang.


aku sangkakan perjalanan tersebut merupakan satu perjalanan yang mudah dan menyenangkan. memandangkan rakan-rakan aku yang lain mahir ilmu geografi sekitar selangor tapi sangkaan tersebut nyata meleset.
kami terlepas simpang menuju ke kawasan perumahan tempat tinggal sohabiah tersebut, lalu meluru laju entah ke mana hingga sampai ke bestari jaya.

bagi aku yang telah lama tidak menaiki kereta (kerana lebih gemar merempit), menjadi agak loya apabila terpaksa melalui jalan yang bengkang-bengkok. tekanan bertamba apabila seorang rakan yang duduk di belakang aku melunjurkan kakinya, hingga bertemu dengan kerusi hadapan.


perjalanan kami menjadi lebih mudah setelah kami menerima panggilan daripada sohabiah tersebut yang menerangkandengan lebih terperinci laluan ke rumah terbukanya.


habis satu cerita.


cerita kedua.


seampai sahaja rombongan kami ke rumah terbuka itu, tuan rumah pula tidak kelihatan. yang menyambut kami adalah ibu kepada sohabiah tersebut.


anti klimaks tak?


habis cerita kedua.

cerita ketiga.


dalam perjalanan pulang, kami dikejutkan dengan kejadian yang tak disangka-sangka.


kereta yang kami naiki (baca: kereta pinjam yang kami naiki) terlanggar sebuah meja kopi yang terjatuh dari sbeuah lori.
si pemandu kereta (baca: rakan saya) tak sempat mengelak meja kopi tersebut kerana risau berlanggar dengan kereta (di sebelah kiri) dan risau berlanggar dengan pembahagi jalan (di sebelah kiri). jadi, dia terpaksa melanggar meja kopi itu. habis terkopak aerokit yang kat depan tu (nasib baik tak tertanggal).

syukur kerana kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kerosakan yang teruk.

No comments: