cukup setakat ini.
cukup.
aku mahu kau faham.
antara kita, tidak pernah ada sebarang hubungan istimewa. sekadar kawan.
faham?
aku mahu kau faham.
aku sayangkan kau. kau mendengar segala rintihan aku. kau ambil berat tentang aku. tetapi, kau bukan tujuan hidupku.
faham?
kelak kita akan disoal. aku risau kita tiada jawapan untuk diberi. aku risau kita muflis bila dihisab. aku risau kita akan saling tuduh-menuduh di sana kelak.
faham?
kalau faham, bagus.
izinkan aku memetik satu puisi, karya Shamsudin Othman yang dicoret pada tahun 2003, di kotaraya penuh pancaroba Kuala Lumpur.
percakapan kepada seorang pencuri cintaku
cukuplah dengan derita kehilangan ini,
aku tidak sanggup menanggung kerinduan yang terhukum oleh kelicikanmu,
mendustai kemudian mencuri jantungku,
duhai pencuri yang tak berdosa,
yang kau miliki itu sebenarnya hanya jantungku,
cintanya telah lama kuserahkan kepada tuhan.
cukuplah dengan derita kehilangan ini,
aku tidak sanggup menanggung kerinduan yang terhukum oleh kelicikanmu,
mendustai kemudian mencuri jantungku,
duhai pencuri yang tak berdosa,
yang kau miliki itu sebenarnya hanya jantungku,
cintanya telah lama kuserahkan kepada tuhan.
No comments:
Post a Comment