untuk apakah semua ini?
kuliyah?
tugasan?
peperiksaan?
kenapa?
dimanakah pengakhiran semua kegilaan ini?
pengiktirafan siapa yang dikejar? kau? kau? Dia?
akhirnya, aku yang tandus. letih memperhambakan diri. bertuankan satu sistem yang tiada nilai estetik.
setelah satu semester berlalu
aku muhasabah diri. membuat penilaian diri dari segenap sudut yang aku fikirkan mungkin tuntuk dinilai.
pelajaran? alhamdulillah. “makin” rajin menelaah.
aktiviti kokurikulum? boleh la.
socializing? masih terkawal.
akhlak? masih terkawal.
perbelanjaan? masih terkawal.
tak dinafikan. susah untuk menilai diri sendiri. tiada kayu ukur yang dapat digunakan untuk menilai diri sendiri. risau menjadi double standard.
tapi, apabila diminta untuk menilai orang lain. kitalah juara. bermacam pandangan dan penelitian yang diberikan. ada yang konstruktif. ada yang destruktif. tapi itu telah menjadi kebiasaan. kita manusia.
selepas ini, tempoh rehat dari dunia akademik yang amat panjang. amat.
No comments:
Post a Comment