Monday, November 3, 2008

hanifah

ni bukan dia.


hanifah.


siapakah gerangan insan yang bernama hanifah ini?


beliau merupakan salah seorang insan yang muncul secara tiba-tiba di dalam YM list aku.
mungkin aku secara rawak telah ter-add saudari hanifah melalui iluvislam.com.

saudari hanifah?


yup. beliau merupakan seorang ukhti. tentu anda (yang berasal dari malaysia) berasa agak janggal bagi seorang wanita menggunapakai nama hanifah.


ukhti hanifah ini merupakan seorang mahasiswa yang sedang mempelajari bidang kedokteran (kalau di malaysia, digelar medic) di universitas muhammadiyah yogjakarta.


kenapa ukhti hanifah menjadi topik entry kali ni?


*
************************************************************************************************

beberapa hari yang lalu, aku telah ber-YM dengan ukhti hanifah (kerana aku tak pasti siapakah gerangan beliau yang tiba-tiba muncul dalam YM list aku tu).


dia memperkenalkan dirinya. tempat tinggal. dan institusi pengajian.


setakat itu sahaja.


selang sehari selepas itu, aku ber-YM lagi dengan ukhti hanifah. tapi untuk kali ni, sesi YM ni yang banyak menyedarkan aku tentang kesilapan yang telah aku buat akibat memandang remeh perihal ikhtilat.


aku: assalamualaikum ukhti


aku: sihat ya?


hanifah: waalaikumussalam.


hanifah: alhamdulillah. sihat-sihat aja.


aku: udah nonton film ayat-ayat cinta dan laskar pelangi?


hanifah: belum dong.


aku: oh. saya ingat ukhti udah nonton.


aku: saya bertanya sebab ingin meminta pendapat ukhti tentang kedua film tersebut.


aku: kerana ingin membandingkan film mana yang leih sukses.


(.... agak lama jugak aku menunggu sebelum dia membalas)


hanifah: maaf ya.


hanifah: saya kurang enak ber-YM dengan laki-laki yang bukan mahrom. semuga mengerti. assalamualaikum.


aku: waalaikumussalam.


"hanifah tri utami has signed out"

*************************************************************************************************

apa yang aku pelajari?

satu, aku telah banyak mengabaikan hukum-hakam dalam perhubungan menurut pandangan islam.

dua, walaupun aku merasakan yang aku telah banyak meletakkan batas dalam bergaul, tetapi masih banyak ruang yang perlu dibaiki. post mortem perlu dibuat.

tiga, masih ada muslimah yang menjaga adab-adab pergaulan.

empat, walaupun dalam YM, adab perlu dijaga bagi mengelakkan zina.

lima, peduli apa orang nak cakap, lepas ni aku nak berubah.


1 comment:

syabli said...

saya kenal dengan hanifah yang satu itu.