tinggal lagi 3 hari (insyaalloh) ummat islam akan menjengah sambutan eidul adha.
tragedi yang tidak disangka-sangka
tadi, seusai makan tengahari, satu kemalangan telah berlaku. sebaik sahaja aku melangkah keluar dari restoran bismillah, seat basikal aku telah dicemari oleh najis burung layang-layang (yang menjajah ruang angkasa bandar taiping). lalu aku terpaksa masuk kembali ke dalam restoran tersebut dan mencopet sehelai tisu untuk membersihkan seat basikal aku. the next minute, aku tiba-tiba merasakan satu kepanasan yang luar biasa, lebih tepat lagi, cairan panas yang mengalir laju dari atas kepala aku. rupa-rupanya, seekor lagi burung layang-layang telah melepaskan hajatnya diatas kepala aku. terpaksalah aku sekali lagi meluru masuk ke dalam kedai itu, mencari-cari dimana tandas, untuk membersihkannya.
No comments:
Post a Comment