Sunday, December 7, 2008
kenangan dari zaman lalu
ahad lalu, imran datang menziarahi aku. alhamdulillah, rindu sekian lama terpisah dek bebanan akademik, terubat juga akhirnya. riuh perbualan antara aku dengan imran ditambah lagi dengan gelagat azwan. malangnya, kelibat ikhwan tiada kelihatan. dia terpaksa pulang menghadapi peperiksaan. sungguh, setelah 20 tahun berlalu. aku memanjatkan rasa syukurku kepada Rabb sekalian alam kerana mengurniakan aku sahabat-sahabat yang banyak mengajarkan aku erti bersahabat. biarpun bilangan mereka sedikit, tapi impak mereka ke atas hidupku amatlah besar. kenapa? kerana aku membesar bersama mereka. dari zaman sekolah rendah lagi. setelah tamat sekolah rendah, masing-masing membawa haluan sendiri. selangor, pulau pinang, kuala lumpur dan tidak kurang juga yang memilih untuk tinggal di bumi bertuah taiping.
azwan.. seorang m.a.
imran.. seorang arkitek.
ikhwan.. seorang engineer.
alhamdulillah, masing-masing telah punya kerjaya impian yang terbentang luas dihadapan mereka, insyaallah. itu kisah sahabat-sahabat desa aku.
meniti pula di zaman persekolahanku di kuala lumpur.. tidak banyak memori indah yang memberi kesan terhadap aku.. cuma sekali-sekala aku teringat akan sahabat-sahabat yang kini bertaburan di merata-rata tempat di atas bumi ini.. amerika syarikat, perancis, jepun, australia, ireland, rusia.. juga malaysia.
aku? aku hanya mampu berdoa, kepada Allah Subhanallah yang telah mencipta rasa cinta, agar menjadi sahabat yang diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada insan-insan yang aku gelar "sahabat".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment