Tuesday, January 27, 2009

boikot? apa tu?

boikot produk

sejak kebelakangan ni makin ramai yang tergerak hati untuk memboikot barangan jenama amerika yang dikatakan menjadi penyumbang besar kepada israel. syabas atas mujahadah anda untuk mengelak dari meneguk air coca cola dan menelan ayam kfc serta melahap sebiji burger quarter pounder mc donalds. sememangnya cara ini sedikit sebanyak telah membantu dalam menyampaikan mesej kebencian masyarakat antarabangsa terhadap pendukung zionis.

kedudukan saya dalam boikot ini?

sebenarnya untuk tahun ini (setakat ini) telah berjaya menjauhi coke, kfc dan mcd. tetapi rekod tersebut terpaksa dipecahkan kerana tiada alternatif sumber makanan lain yang terdapat di midvalley tadi. kerana apa? sebab semua outlet makanan di midvalley itu kebanyakannya berjenama amerika. dan sedikit2 restoran chinese. padahal the largest portion of customers yang selalu membuang masa melepak2 di midvalley tu semuanya ali, ahmad serta abu.

boikot itu bagus, tapi?

andai kata kesedaran untuk memboikot barangan amerika hanya datang ketika umat islam di ghazzah dibelasah hingga lunyai, jadi tiadalah makna boikot itu dijalankan sebab dah jadi macam satu knee jerk reaction. macam tukul dan pahat. sekali diketuk, sekali itulah bergerak. niat lillahi taala pun tak dapat.

pengajaran boikot barangan

pada pandangan saya (macam karangan spm), sepatutnya boikot tu mengajar kita untuk lebih bersederhana dalam berbelanja. ini sepatutnya dapat dilihat dari pola perbelanjaan kita. mungkin kita boleh tumpukan untuk menggunakan barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya berbanding barangan import. contohnya, adakah mati seseorang tu kalau sehari tak pakai baju branded (korang lebih tau)? tak mati kan?.


ape barang boikot barang?

tak faham? camni, pemboikotan barangan ni lebih kepada simbolik zahiriah kebencian kita terhadap rancangan sial yahudi terhadap umat islam. right? tetapi, di sebalik kita kecoh2 busybody nak boikot barang2 tu, kita lupa untuk boikot benda lain yang lebih penting. apa dia?

boikot budaya barat

yang lebih lawa, jika kita dapat boikot budaya barat. yang dimaksudkan sebagai "budaya barat" ialah :

1. yang paling mudah untuk dilihat ialah, cara berpakaian kita. penyelesaiannya? tutuplah aurat seadanya.

2. cara berhibur dari barat, seperti american idol dan segala jenis lagi program realiti tv yang menjahanamkan anak2 muslim/ melayu. dan, boikot juga rancangan realiti tv "buatan malaysia" tapi "beracuankan barat". program2 camni dapat dikenalpasti dengan mudah kerana anak2 kecil hingusan yang baru masuk tadika pun dah tergedik2 nak jadi artis dan gadis2 sunti yang melompat terkinja2 melihat idola mereka di atas pentas.

3. cara fikir dari barat? ni susah sikit nak terangkan. pernah dengar hedonisme? dan segala "-isme" yang lain. semuanya dari barat. yang "-isme"2 ni (termasuk la teori evolusi) dikenali sebagai ideologi. nak tulis panjang2 pun nanti saya dan anda sendiri pun tak faham, jadi rajin2 la baca buku dan kalau dah malas sangat, google je.

4. moraliti barat. moral ni sifatnya berubah2 ikut tempat dan dibentuk oleh penerimaan masyarakat setempat. contohnya kalau amal moraliti barat ni, macam kalau masuk masjid jadi baik, keluar masjid jadi jahat; depan mak bapak baik, belakang mak bapak jadi jahat etc.. sebaiknya, amalkan la akhlak islami sebab akhlak ni tak berubah2 kerana terbentuk dari sifat takwa dan tak akan berubah mengikut acuan lokasi dan masa. dan lain2 contoh moraliti barat ni termasuklah (yang selalu diamalkan secara istiqomah oleh umat islam di malaysia ni):

> bercouple

> hisap rokok

> pergaulan bebas tak tentu hala
secara kesimpulannya, kita semua (saya, anda) perlu mengambil pengajaran dari setiap tindakan yang diambil dan sentiasa menjustifikasikan kerelevenan setiap tindakan tersebut agar dapat dipastikan keefektifan tidakan tersebut dapat dicapai.(terasa keskemaan karangan spm menguasai jiwa)


*p/s: ha3.. entry terpanjang setakat ni.

No comments: