ya ilahi,
aku di sini, ria,
mereka di sana, derita.
aku di sini, suka,
mereka di sana, hampa.
aku di sini, selesa,
mereka di sana, jerih.
ya ilahi,
hantarkan aku ke sana,
ingin sekali ku hirup semerbak syurga,
kerana sudah muak dengan busuk dunia.
hantarkan aku ke sana,
ingin sekali aku syahid di medan perang,
kerana sudah risau akan maut di tengah kelekaan.

ampunkan aku wahai saudara-saudara palestina ku, tiada apa yang ku mampu berikan selain bermunajat kepada rabb pemilik segala tentera langit dan bumi, agar kalian ditabahkan menghadapi mehnah yang melanda. ampunkan aku, sekali lagi.
sumber gambar dari http://palestinkini.info
sumber gambar dari http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php
sumber gambar dari http://palestinkini.info
sumber gambar dari http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php
No comments:
Post a Comment