Thursday, March 26, 2009

kisah si mikrobiologis dan makhluk bermulut hancing

makhluk itu organisma. koloni itu satu kelompok organisma yang hidup, menguasai satu-satu habitat. longkang itu busuk. mudah.

bagi si mikrobiologis itu, perjalanannya makin berwarna-warni. diwarnai oleh pelbagai jenis organisma. organisma ini pula datang dalam pelbagai bentuk, membentuk satu citra yang sarat tribulasi yang tiada kesudahan.

bagi si mikrobiologis itu, tribulasi itu merupakan sifir perjuangan yang sedia maklum. bahkan dia masih mampu lagi tersenyum untuk berdepan dengan sifir, tolak, tambah, bahagi dan punca kuasa tersebut.

namun, advencernya sejak kebelakangan ini agak terganggu dengan kehadiran satu makhluk ini. entah mengapa, si mikrobiologis itu sangat mengasihi makhluk itu. seolah-olah makhluk itu adalah kekasihnya sendiri. tapi, si mikrobiologis itu sangat, sangat tidak berkenan dengan haruman hancing yang keluar dari mulut makhluk itu. semacam makhluk itu tidak menggosok gigi untuk tempoh yang agak lama.

pernah sekali si mikrobiologis itu cuba untuk memberi nasihat kepada makhluk itu supaya menggosok gigi. tapi, apakan daya. makhluk itu petah menangkis nasihat itu setangkas datuk lee chong wei menangkis bulu tangkis yang dihantar oleh lin dan. bermacam alasan diberi oleh makhluk itu, fasih sungguh makhluk itu beralasan bak penglipur lara yang cerdik bermain kata menipu sekalian alam.

sungguh, bau hancing itu tidak lagi terbendung. si mikrobiologis itu selalunya disapa rasa mual dan loya bila berbual dengan makhluk itu. pernah si mikrobiologis itu terfikir, "apakah makhluk ini tiada sekelumit pun rasa bersalah dalam dirinya? bau hancing yang menjatuhkan maruah pun sanggup disebar-sebar sambil bergelak tawa, makhluk macam apakah dia ini?".

seperti yang telah dikatakan tadi, si mikrobiologis itu kasih kepada makhluk itu. bukan kerana apa, makhluk itu telah banyak melalui susah senang bersama si mikrobiologis. makhluk itu banyak memahami kekurangan diri si mikrobiologis itu. kerana sebab itulah dia amat menyayangi makhluk itu.a

mungkin satu hari nanti, makhluk itu akan insaf. mungkin. 50 - 50. si mikrobiologis itu tidak putus berdoa agar makhluk itu dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya terhindar dari penyakit mulut berbau hancing lagi.

1 comment:

akuadalahaku said...

apakah makhluk itu??sungguh tergantung tanpa di ketahui...