Izinkan aku memetik satu mutiara kata yang tiada tara nilainya dari khatamul anbiya' kita, Rasulullah SAW:
Berhati-hatilah kamu dari bersendirian dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang lelaki yang bersendirian (bersembunyian) dengan wanita melainkan dimasuki oleh syaitan antara keduanya. Dan, seorang yang bergeseran dengan babi yang berlumuran dengan tanah atau itu lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya.
(Hadith ini dikeluarkan oleh al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir, dan dinukil oleh al-Haitami dalam Majma al-Zawaid. Dan telah berkata al-Haitami riwayat Tabrani ini didalamnya terdapat Ali bin Yazid al-Alhani, dia sangat dhaif tetapi hadith ini terdapat syawahid (penguat).)
Apa point yang kita boleh dapat dari hadith ni sebenarnya?
- Secara normalnya, manusia (dalam kes ni, Melayu) amat sensitif dengan istilah babi. Jangan kata nak sentuh, kalau kena gelaran babi pun dah cukup terguris hati mereka. Itulah fitrah orang Melayu. Tetapi bila masuk bab (bab = chapter, bukan babi) berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (dalam kes ni, bersentuh-sentuhan, berpelukan-pelukan, dan bermacam-macam lagi), merekalah juara, merekalah world. Sampaikan mereka terkadang terlupa akan hadith di atas, yang cukup rapat dengan fitrah Melayu itu sendiri.
- Kenapa Rasulullah SAW sebutkan babi dalam hadith di atas? (babi-babi sekalian jangan kembang hidung pulak, control sikit). Kenapa tidak disebutkan binatang lain dalam hadith tu? Harimau ke, jaguar ke, godzilla ke, baru macho sikit. Tapi babi yang dapat nama. Kenapa? Babi ni kan pengotor, tak pernah hidup dalam keadaan yang bersih, sistem mengawan pun tak teratur, babi-babi jantan main rembat je mana-mana babi betina yang diorang nampak, sentuh-sentuh, suka-suka mengawan, halal haram diorang tak tahu, dosa pahala lagilah diorang fail. Jadi, kenapa babi yang diabadikan dalam hadith yang masyhur tu?
- Kenapa babi disamakan dengan wanita? Adakah babi itu sama taraf dengan wanita? Tidak sama sekali, babi itu bukan wanita dan wanita itu juga bukanlah babi. Wanita itu lawa-lawa, ayu-ayu, manis-manis, pandai menjaga maruah, aurat dan sopan dalam bertingkah laku. Babi pula lain, sangat lah lain. Babi tak tahu nak jaga aurat, apatah lagi bertingkah laku. Justeru, wanita is not equal to babi. Manusia itu sebaik-baik ciptaan dan wanita itu juga adalah sebaik-baik ciptaan. Apabila sebaik-baik ciptaan itu meletakkan maruahnya pada tahap yang rendah, maka ... ?
- Kenapa Rasulullah SAW bersabda " lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya " ? ... Pesanan ini sudah tentu ditujukan kepada lelaki, tapi mengapa? Lelaki sepatutnya lebih bertanggungjawab, lebih faqih akan perihal halal dan haram dalam bergaul. Apabila lelaki tak ambil port hal-hal syari'at, maka memang layaklah mereka bersentuhan dengan babi sebab babi pun bukannya halal. Bila dah bersentuh-sentuhan, tanggungjawab yang Allah SWT bagi kat lelaki iaitu arrijalu qowwamun 'alannisaa tak dapat dijalankan, bahkan arrijal pulak yang jadi pemusnah kepada nisaa'.
Sudah tentu point2 di atas adalah pandangan peribadi. Boleh dipertikai, boleh di condemn, boleh diabaikan. Bagi yang ingin mengambil iktibar, silakan. Bagi yang ingin memperbetulkan, amatlah dialu-alukan.
7 comments:
niCe taJuk..
ingatkan pe la td..
ble dibace2,brULah faHam pe Yg inGin disAmpaiKan olh en.AwanG
aku suka pegang kucing.
kucing sangat manje oh!
sbelum pape ak nk mintk maap dlu...just nk bg pendapt je...
1. ayat yg ko tulis "kenapa baabi disamakan dengan wanita?" ak rase x bape sesuai r..mmg ko jelaskn balik lepas tu but seriusly ak x bape setuju ngan perkataan tu..
2. bwhnye plak klu ko nk quote hadis, watlah betul2 eh..yg kat no 4 tu ko potong separuh dh buat maksudnye berubah tau..mmg kat atas ade yg full tapi takut org x bace abis then trus kebawah...bhye tau..
jgn marah eh..sekadar teguran rakan..
hehe
cmne maksud berubah tu?
quote ko tergantung..
"lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya"
yg aku phm cam lebih baek kita bersentuhan bahu dgn wanita yang bukan muhrim...
sorylh klu ak yg silap phm
oh..
tu msj utk kte, org laki2, meaning, drpd bsentuh dgn org pompn yg x halal bg kte, baik bsentuh dgn babi.. sbb klu ikut status, dua-dua tuh x halal.
Salam cik Awang..
psl ESQ, dh g ke?
Kt insyallah akn joint ESQ training
ngn iluvislam 15 Ogos ni.
Insyallah..
Awng ni ex-Kmpk ye?
Ptut la ms kat ILIM aritu rs cm prnh
nmpk je muka ni.
Post a Comment