Saturday, August 8, 2009

Dah besar, pandai-pandai la pikir sendiri

Dalam keadaan yang suntuk ni aku menyempatkan jugak diri ni untuk mengupdate blog nih (walaupun rating blog ni tak la sampai macam blog Tun Dr Mahathir sebab tak ramai pun yang tau pun blog ni wujud, thanks kepada kawan-kawan yang sudi singgah ^_^).

Hari ni macam sucks sikit, walaupun eventful tapi lousy. Pagi main paintball, petang dekat-dekat zohor baru habis. Macam siot tiba-tiba kena jadi manager, dah la budak-budak ni payah nak gerakkan bontot bangun awal pagi. Kena la pulak naik moto amek sorang-sorang. Makan nak kena sponsor (aku dah ingatkan makan awal-awal tak nak dengar, padan muka kat wallet aku T_T). Last-last kategori open dan inter-college dua-dua out. Stuck kat grouping je. Tak dapat la aku (dengan farid, firdaus dan hassan) nak ulang kegemilangan team paintball k6 dua tahun lepas. Balik kolej, masuk bilik, terus pengsan. Celik mata je, dah pukul 4. Astaghfirullohal 'adzim. Bergegas la si Dani menjadi imam secara automatik untuk zohor. Then, aku mesej si Hareez, " Bro, datang lambat kelas koko bole tak? Gua baru terjaga dari tido nih ". Haram, tak balas. Aku mesej Cik Wan lak, fasilitator kelas koko aku tuh, dia tak balas jugak. Nak tak nak, terpaksa la aku buat keputusan split-second, tak gi kelas. Lantak ar, baru sekali. Bukan macam Mu'adz tuh. Berapa dozen kali tah serong kelas. XD

Alahai, ada blog type benda-benda mengarut watpe bro ? La, suka hati aku la. Nak post benda-benda serious kang pening kepala lak nak type. Letak benda yang hijau-hijau sikit kang ada yang suspect lak. Nak post benda-benda yang ala-ala menegur, kang ada yang terasa la, ape la, bla, bla, bla.

Alhamdulillah, aku dah lepas 2 paper. Immunology dengan microbial genetics. Minggu depan,undang-undang jenayah Islam, special techniques in microbiology dengan statistics for applied sciences. Proposal untuk final year project kena re-check lak, haih, dunia-dunia.

Minggu lepas, mak aku dah call, " Ilham, bila nak balik mai? " ... Seriously, aku terdiam tak cakap ape dah time tuh. Sedih gile weyh. Isk. Time nak balik, ada exam. Program lak best-best. Argh. Alangkah indah kalau aku dapat jadi anak setaat Uwais al-Qarni r.a. kepada ibunya.

Shoot, an advice for my self (and those who wanna take heed of it):

" Dah besar, pandai-pandai la pikir sendiri " *

*Mu'adz, thanks for the word.

5 comments:

miera said...

assalamualaikum..
en awang,sye nk komen 3rd paragraph of ur post
"xsemua yg kita wat 2 dapat puaskan hati semua pihak"...=)

~WiZrA_HoNoR~ said...

ble da dgar ibu kter ckp mcm tuh..memang sdeyh..
hmmm..
sabar la erk abg awang..:)

Lt. Danny Rock said...

thanks man for sapoting food, manage the team even pun kalah time groupong.

nabihah zulhemay said...

awanggg.. u still da best bro

akuadalahaku said...

pulang la....hehehe.. mak suh balik kejap je pon...