Tuesday, July 28, 2009

" They " are everywhere .


Dialog 1
Mr K
Awang, ko dah dalam perhatian Mr R.

Aku
Huh? Kenapakah?

Mr K
Ala, sebab konsert hijau-hijau tu la. Tadi Mr R solat kat surau, dia nampak notis yang kau tulis kat whiteboard tu dan dia dah padam. Lepas tu, dia call aku, rasa-rasanya nak tanya pasal tu kot, tapi nasib baik aku tidur masa dia call tu. Heheh

Aku
Lor, asal la dia nak padam lak notis tu? Dah benda baik, ajak orang berhibur secara Islami, salah ke?

Tiba-tiba
Mr L
Entah la, aku nak ajak orang nak pergi Mid Valley yang penuh kemaksiatan tu pun tak kena dapat kelulusan dia pun.

Dialog 2

Awang
En X, ni kiranya soalan yang off-the-record la, saya cuma nak tahu pendirian bos En X tentang konsert hijau-hijau ni?

En X
Kisah sebenarnya macam ni, awal-awal lagi Rabbani Production tu dah fakskan surat jemputan kepada UPM untuk ke konsert hijau-hijau tu, tapi sebabkan ada nama GAMIS tu, maka surat tu pun " sengaja dihilangkan ". Bila pelajar dah mula follow up di pejabat bos saya ni tentang konsert hijau-hijau tu untuk mohon pengangkutan, konco-konco bos saya tu pun mula lah gelabah-gelabah kambing, buat-buat cari surat tu.

*** *** *** ****

Dalam dua dialog ringkas di atas,

  1. barisan watak yang terlibat adalah merupakan parodi kepada mereka di dunia realiti. Mereka masih hidup dan dialog di atas sememangnya berkait dengan mereka.
  2. konsert hijau-hijau merujuk kepada Konsert Antara Dunia '09. Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini, klik sini.
  3. hijau-hijau merujuk kepada satu juzuk daripada spektrum warna yang amat tidak disukai oleh kebanyakan manusia di bumi hijau UPM. Sebabnya? Mungkin akan sampai satu artikel lain yang akan menceritakan mengapa mereka begitu fobia kepada warna hijau.
  4. perkataan GAMIS sengaja ditebal dan dimerahkan kerana mendengar sahaja perkataan GAMIS sudah cukup untuk mengakibatkan ramai manusia di bumi hijau UPM mati pucuk dan menopause.
  5. perbuatan " sengaja dihilangkan " merujuk kepada satu aktiviti biasa yang secara fitrah dilakukan oleh sesetengah manusia di bangunan pentadbiran UPM.
*** *** *** ****

Aku dah masuk tahun akhir pengajian pun isu ni tak sudah-sudah. Haish, tidur lagi best.

2 comments:

Anonymous said...

da msk thn akhir..
buat la sumthng yang bg impak...
:)

Anonymous said...

sabor la yer cik awang