Friday, August 14, 2009

Akademi Ramadhan

Bayangkan satu program realiti tv, di bulan Ramadhan.

Apa kata kita namakan program ni "Akademi Ramadhan". Menarik bukan? Satu parodi yang amat kena dengan keadaan masyarakat kita zaman ni.

Peserta program ni dikutip di jalanan, di disko-disko, di gig-gig, di kaki lima kat Sogo, di kelab-kelab yang ekslusif, di lorong Haji taib, di hotel-hotel 5 bintang, di Bukit Bintang dan bukan di surau-surau, juga bukan di masjid-masjid. Pencarian peserta tidak perlu, cuma peserta perlu dikutip.

Bilangan peserta Akademi Ramadhan tak ramai, dirisaukan nanti ramai pula yang tergedik terkinja nak jadi artis ekspres, maka dihadkan bilangan peserta.

Tempoh program ni sebulan je, macam Akademi Fantasia. Start dari pengumuman "esok puasa" oleh Pemegang Mohor Di-Raja, hinggalah beliau berkata "esok raya".

Tempat program realiti ni dibuat bukan macam Akademi Fantasia, tak duduk serumah. Tempat Akademi Ramadhan ni dibuat di satu madrasah mungkin, ataupun di satu pondok. Diasingkan laki perempuan, tidak ditemukan, dan tiada pula kamera di dinding untuk meluahkan perasaan dengan penuh gedik.

Tiada pula konsert bulanan untuk Akademi Ramadhan seperti Akademi Fantasia kerana diketahui umum konsert yang melalaikan tidak mendapat kelulusan untuk dibuat semasa bulan Ramadhan.

Seperti Akademi Fantasia, Akademi Ramadhan juga mempunyai struktur akademiknya tersendiri. Ada pengetua, guru al-Quran, guru feqah, guru tasawuf, guru bahasa arab, guru ulumul hadith dan seorang tukang masak yang soleh untuk Akademi Ramadhan.

Apa barang guru-guru Akademi Fantasia? Agama lemah, masakan boleh melahirkan penyanyi yang mentauhidkan Allah SWT dan tahu halal haram dunia hiburan?

(Insya allah bakal bersambung)

2 comments:

Lt. fDanialz said...

wahh menarik la met post ko nih..

Anonymous said...

maqam tinggi sudah enta ni..menarik..benar2 mencabar minda di luar tingkap...