Tuesday, February 23, 2010

Of being adaptive and hypocrite.


Pernah satu ketika semasa merancang satu program, seorang senior (A) pernah mengatakan bahawa: “Menjadi hipokrit adalah perlu bagi kita dalam menjadi fasilitator. Kita hendak mendidik adik-adik ini supaya mereka dapat berubah selepas program, dan kita juga hendak mereka bergembira sepanjang program.”


Senior B yang duduk di bahagian belakang tempat perbincangan hanya terdiam, memikirkan kewajaran menjadi hipokrit semata-mata untuk berprogram.


Abang C begitu semangat sekali memberikan pengisian kepada bakal fasilitator tentang bagaimana realiti bergelar seorang fasilitator, katanya: “Hipokrit itu mungkin terlalu keras bunyinya,istilah yang lebih lembut mungkin adaptif. Berkelakuan sesuai dengan audien dan keadaan.”.


Kakak D pula sedaya-upaya memotivasikan ahli jawatankuasa program dan bakal fasilitator untuk berusaha mengubah diri masing-masing menjadi lebih baik untuk menghadapi ketibaan adik-adik sekolah dari Pahang itu.


Sekali lagi, senior B memilih untuk membisu, medan perbincangan itu bukanlah lapangan untuk dia mengeruhkan keadaan.


Hipokrit dan adaptif


Hipokrit, satu perkataan yang kurang enak didengar, rasa begitu hina. Sedangkan ramai yang merangkul gelaran itu tanpa sedar, ada juga yang menjadi hipokrit dengan sengaja. Untuk menggapai tujuan, apa cara pun boleh. Mungkin definisi yang paling mungkin untuk hipokrit adalah, cuba menjadi sesuatu yang sebenarnya bukan diri kita. Dan apabila seseorang itu telah menjadi hipokrit, he or she look awfully bad doing it.


Adaptif sebaiknya dapat difahami dengan kelakuan yang sesuai dengan tahap penerimaan masyarakat sekeliling kita dan keadaan yang menjadi ruang lingkup sosial kita. Boleh juga diertikan dengan tingkah-laku kita yang sesuai dengan perwatakan, umur dan tahap pemikiran kita.


Jadi, tidakkah jelas bahawa hipokrit dan adaptif itu satu benda yang terang-terangan berbeza?


Paradoks oh paradoks


Allah subhanallahu wa ta’ala memberikan peringatan dalam surah as-Soff, ayat 2 hingga 3:


Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Saya sangat terkesan dengan keadaan dimana terdapat pihak yang bersungguh-sungguh hendak menjayakan program motivasi, mengorbankan masa dan tenaga serta komitmen yang tidak berbelah bahagi semata-mata untuk meraikan adik-adik yang sebelum ini tidak pernah dikenali. Namun pihak itu tanpa disedari hanya bertindak atas preteks motivasi, sedangkan pembinaan sahsiah diri sendiri masih terabai.


Ada di antara mereka yang bermatian-matian hendak memastikan adik-adik itu hadir tepat pada waktu semasa setiap slot. Ada juga yang berhempas-pulas memastikan pergaulan adik-adik itu mengikut tatacara yang seharusnya. Tidak kurang juga yang bermati-matian hendak meneruskan qiamullail untuk adi-adik itu. Terdapat juga mata fasilitator yang memerhatikan kalau-kalau ada adik-adik yang berpacaran.


Namun realitinya bagaimana?


Setelah program


Semuanya berseronok-seronok, bersalam-salaman, sesi foto di sana sini. Adik-adik itu mengemaskan barang=barang dan berlalu pergi. Biarlah adik-adik itu yang mengambil pengajaran dengan cara mereka sendiri, tetapi di pihak fasilitator sendiri bagaimana?


Andai kata jawapan yang diberi adalah: “Seronok jadi fasi ni, dapat banyak pengalaman.”, atau: “Dapat kenal perangai budak-budak, tahu cara nak kawal budak-budak.”, maka seharusnya terdapat satu lagi soalan yang dikira sangat penting untuk dijawab. “Bagaimana kita, para fasilitator, selepas program?”


Andai kata dengan menyertai program itu adalah untuk mengubah diri sendiri ke arah yang lebih baik, maka seharusnya program itu digunakan sebaik-baiknya untuk menjalani proses perubahan diri. Sekiranya apa-apa yang mazmumah sebelum program bertukar menjadi mahmudah setelah program, alhamdulillah. Tetapi jika yang mahmudah itu masih lagi berkerak setelah program, mungkin satu sesi muhasabah dapat memberikan jawapan.


No one’s perfect, but let’s strive to perfectness.

2 comments:

Abu Khalid said...

Tak cukup keras lagi hipokrit tu.

Munafik.

Anonymous said...

hipokrit perlu kene tempat juga kadanggkala. :)