Superbabies telah lama menggegarkan dunia. Kisah-kisah mereka ada di dalam rentetan sejarah. Apa tidaknya, selak sahaja lembaran al-Quran dan ada juga hadith yang melakarkan kisah superbabies ini.
Mereka ini digelar superbabies kerana apa? Apa yang hebatnya dengan mereka? Manakan tidak, ada kisah di dalam pentas sejarah yang menjadikan superbabies ini sebagai aktor utama, yang menjadi penegak kebenaran.
Er, betul ke? BETUL LA! Rujuk kembali kisah bayi penegak kebenaran yang berhujah membela sang 'abid Juraij daripada menjadi mangsa fitnah si pelacur perempuan.
Sedikit bingkisan dari HafizFirdaus.com mengenai kisah Juraij ini, saksikanlah!
Satu masa lalu terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.
Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.
Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”
Sejak saat itu kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.” Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya.
Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa: “Ini adalah anak Juraij.” Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!” Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”
Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.” Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”
Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.” Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”
Bukan itu sahaja kisah superbabies yang dilukiskan dalam sejarah, ada lagi yang disebut-sebut di dalam hadith. Contohnya satu hadith yang sangat terkenal iaitu Hadith Ghulam, ada menyebut tentang seorang bayi yang membela 'aqidah ibunya ketika ibunya teragak-agak hendak terjun ke dalam parit yang dinyalakan api oleh bala tentera kerajaan Najran ketika itu.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”
Dikutip dari hadith riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar. Di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi.
***
Ada beberapa lagi kisah superbabies yang disebut di dalam al-Quran, seperti kisah Nabi Musa 'alaihissalam dan Nabi Isa 'alaihisssalam. Riwayat kedua-dua insan agung ini dipaparkan di dalam al-Quran bermula dari usia kecil mereka lagi, iaitu ketika mereka masih bayi dan mereka membesar menjadi pejuang kebenaran tauhid, memimpin kaum-kaum yang degil dan perjuangan da'wah yang ditemani oleh para anbiya' (ingat kisah Nabi Khaidir 'alaihissalam, Nabi Harun 'alaihissalam dan Nabi Syu'aib 'alahissalam yang mewarnai perjalanan hidup Nabi Musa 'alahissalam) dan para pengikut yang setia (para hawariyyun yang menjadi teman perjuangan Nabi Isa 'alaihissalam - rujuk surah as-Soff, ayat 14).
Bermula dari usia kecil, mereka telah merubah dunia!
Tak lupa juga kepada Junjungan Besar kita, Muhammad ibn 'Abdullah, Rasulullah salallahu 'alahai wa salam. Apa kita lupa bagaimana ketika Baginda masih di usia kecil, Baginda telah berjaya membawa perubahan yang besar ke atas kehidupan ibu susuannya, Halimah as-Sa'diah? Rezeki yang berlipat ganda, segala yang sempit bertukar menjadi lapang seluas-luasnya alam.
Apa kita lupa lahirnya Baginda memadamkan api sembahan Majusi yang telah ribuan tahun tiada padam?
Ataupun runtuhnya empat belas gerbang istana Kisra?
Juga mendapnya gereja-gereja di sekitar Bahiirah Saawah?
Mungkin kita kurang ingat bagaimana lahirnya Baginda telah mengubah peta dunia hingga kejatuhan khilafah pada detik 1924!
***
Jadi, bagaimana mungkin kita boleh membuang (atau memijak, menghentak juga membakar) bayi-bayi kita? Saya percaya mereka ditakdirkan untuk menjadi pejuang kebenaran, bakal da'i hebat, juga mungkin khalifah yang siap untuk memimpin umat.
Amat malang bagi mereka yang telah menitiskan sperma dan ovum mereka di jalan yang jelas tidak halal. Lebih malang lagi jika mereka membunuh jiwa-jiwa yang masih belum sempat merasa hangatnya cahaya suria. Malang, sangat malang.
3 comments:
Hello
Costume Jewellery Watches, items on auctions & discount prices on
[url=http://aerowatches.my3gb.com]chronoswiss watches[/url]
[url=http://colewatches.5webs.net]citizen solar watches[/url]
[url=http://jojowatches.hostaim.com]cole watches[/url]
[url=http://watches.awardspace.biz]concord diamond watch[/url]
[url=http://watchestop.0catch.com]costume watches[/url]
Ana baru nak jadi pengomel yang pertama...
Tapi ana kalah kepada spam yang hebat ini.
~Inilah sebabnya ana minta approve untuk comments. Spam ni non-stop menyerang gambar-gambar dari internet.
Nway,nice post!
Hussaini,
Ana lupa pulak tentang spam tu, syukran ingatkan. Alhamdulillah, hasil perbualan kita tempoh hari dapat ana jelmakan dalam bentuk penulisan.
Post a Comment