Sepanjang tiga tahun di universiti, rasanya dah beberapa kali saya menghadiri majlis makan malam rasmi. Dua kali di peringkat fakulti, sekali sebagai jemputan dan sekali sebagai ahli jawatankuasa. Tiga kali di peringkat kolej kediaman, dua kali sebagai ahli jawatankuasa dan sekali sebagai jemputan.
Dua situasi
Menghadiri majlis makan malam rasmi sebagai ahli jawatankuasa dan sebagai jemputan membawa dua perasaan yang nyata berbeza. Sebagai ahli jawatankuasa, rasa bimbang akan kegagalan majlis itu amat mengganggu fikiran tetapi sebagai jemputan hanya pergi untuk makan dan bergembira.
Sekadar anugerah
Kebiasaannya mahasiswa yang diraikan semasa majlis makan malam rasmi itu berpeluang untuk menerima anugerah penghargaan atas pencapaian akademik mahupun sumbangan dari segi kokurikulum. Tapi untuk mendapatkan anugerah itu, mereka harus memohon. Mengisi borang, membuat salinan sijil-sijil dan menghantar borang itu untuk penilaian. Ada juga yang mengharap untuk menerima anugerah, dan ada juga yang memohon sekadar suka-suka.
Sedikit pengamatan yang dilakukan membawa saya kepada satu teori (saya ulang, teori) mengenai penerima-penerima anugerah itu. Mungkin dari teori saya ini ada yang membuat anggapan bahawa teori ini hasil yang lahir dari kekecewaan kerana tidak mendapat sebarang anugerah, tetapi teori yang saya bakal ungkapkan ini telah pun disahkan oleh senior terdahulu. Saya mendapati bahawa: Kebanyakkan daripada penerima anugerah itu mestilah 1) mereka yang rapat dengan orang-orang pejabat, dan 2) mereka yang sering berdampingan dengan pemimpin-pemimpin kolej.
Bagi yang bersusah-payah memohon, berkejar ke sana-sini untuk membuat salinan sijil-sijil (yang saya rasa lebih banyak daripada pemenang-pemenang anugerah itu) mungkin akan merasa sedikit terkilan kerana mereka sendiri lebih mengenali tahap kecemerlangan penerima-penerima anugerah itu berbanding panel yang memilih. Saya mengambil kategori sukan sebagai contoh; mungkin pemilihan untuk penerima anugerah ini lebih ketat kerana mengutamakan peringkat pencapaian (wakil kolej, universiti atau pun negara).
Mungkin apa yang ingin saya suarakan di sini adalah dari segi keadilan pemberian anugerah itu sendiri. Setelah memerhati beberapa orang penerima anugerah yang kurang saya senangi (atas penilaian saya yang dhaif ini), saya mendapati ada orang lain yang lebih layak (walaupun bukan saya) untuk menerima anugerah itu.
Of kings and queens
Menyentuh sedikit mengenai anugerah kategori king and queen of the night. Selalunya yang memilih akan mencalonkan mereka yang paling kreatif dan menarik dari segi berpakaian; mengikut tema atau tidak, warna baju yang sesuai dan lain-lain.
Untuk kategori king mungkin tidak ada sebarang masalah berkaitan berpakaian kerana mereka semua alhamdulillah menutup aurat.
Tetapi untuk kategori queen yang bagi saya amat mengecewakan dari segi pemilihan. Setelah beberapa majlis amkan malam rasmi yang telah saya hadiri, saya mendapati kesemua queens (kononnya) yang terpilih adalah fashion victims belaka.
Kenapa fashion victims? Kerana mereka tidak menurut metode berpakaian Islam. Tanda noktah. Ada muslimah yang saya perhatikan telah memakai tudung (alhamdulillah) tetapi amatlah ketat kain-kain nipis yang membaluti tubuh mereka, tetapi masih dipilih sebagai queen of the night. Di dalam budaya universiti sendiri golongan seperti ini yang dimegah-megahkan, apatah lagi bagi masyarakat di luar sana.
Ada muslimah yang saya pandang sekilas lalu menutup aurat dengan sempurna dan memakai pakaian yang labuh serta longgar, tetapi tidak pula dipilih menjadi queen of the night. Agaknya kriteria sebenar yang digunakan oleh panel pemilih untuk mereka ini?
Apa-apa hal pun, memang puas makan dengan RM 50.00 tu.

2 comments:
that was so true awang...aku sokong bab pemilihan anugerah tu...orang yang kuat bodek,ha..yg tulah yg dpt anugerah..sedih tgk orng yg berhempas pulas mengharumkan nama kolej,dipinggirkan mcmtu je...oh..no further comment then..zip mulut...
good luck for fyp....countdown the date...sekejapje nak habis da....
salam, betul tuh. aktiviti-aktiviti sedemikian sebenarnya boleh dikurangkan dan melebihkan aktivit yg lagi ilmiyah dan berfaedah. bukan tidak setuju dgn majlis seumpana ni, tp bila bnyk sgt majlis seumpama ni, ia akan effek aktiviti2 ilmiyah yg dirancang dan kemungkinan ia semakin berkurangan :(....yg penerima anugerah pula adalah org yg pandai membodek pihak pengurusan. Jgnlah jadi kuli kepada manusia, tdk mahu bersuara terhdp perkara yg batil hnya kerana mahu mengekalkan pangkat yg ade!! w'Alam, hanya Allah yang mengetahui segala2nya...
Post a Comment