Thursday, June 3, 2010

Saya dan Palestin


Satu masa dulu


Selama yang dapat saya ingat, saya mula menaruh perhatian kepada isu-isu kemanusiaan sejak dari tingkatan 3. Kalau tak silap, masa tu isu yang tengah hot adalah penaklukan Iraq oleh Amerika Syarikat. Dan pada masa tu jugak , saya agak rajin menggunting gambar-gambar mangsa serangan di Palestin dan saya tampal kat bahagian belakang kelas.



Kenapa saya buat macam tu? Sejujurnya, saya pun tak pasti. Mungkin sebab masa saya tingkatan 3, rakan-rakan sekelas semuanya rajin belajar dan diorang pun borak-borak tentang rancangan televisyen, bola sepak etc. saya? Mungkin sebab naluri nak buat sesuatu yang baik untuk kemanusiaan dah mula terbentuk dalam diri. Tingkatan 3? I mean, come on la dude, budak-budak lain baru nak kenal istilah couple, happy-happy dengan geng masing-masing and you’re talking about kemanusiaan? Duh, bro, get a life okay! Tapi itulah saya ketika itu.


Memang saya tak dapat lupa reaksi cikgu kelas saya masa tu, Madam Soh, bila dia nampak saya makin galak menampal-nampal gambar-gambar mangsa bantaian Israel di Palestin. Saya tak pasti sama ada dia seram tengok imej-imej yang ada darah, ataupun risau saya membesar menjadi seorang yang radikal.


Fast forward masa kini


Bila bercakap tentang Palestin, mesti tidak dapat tidak, mesti dikaitkan dengan Israel. Dan bila berbincang tentang isu ni, ada yang membincangkannya dari sudut pandang politik. Ada jugak yang lihat dari sisi kemanusiaan. Tak kurang yang cuba meneropong dari sudut sejarah.




Jadi, bila saya menilai kembali posisi saya dalam mendepani isu Palestin ini, saya terfikir di atas medan apa sepatutnya saya meletakkan diri saya?


Adakah dengan berpolitik?


Agak canggung bagi saya untuk menerima pentas politik sebagai wadah untuk memperjuangkan isu Palestin ni sebab dah jelas di Malaysia yang politik itu lebih memecahbelahkan daripada menyatukan. Ada je yang nak menjuarai isu ni, ada je yang nak tunjuk lagak. Boleh tengok kat berita, berapa banyak memorandum yang dibuat oleh berdozen organisasi, berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh berbagai pertubuhan. Solidariti rakyat? Zero.


Menjadi aktivis kemanusiaan?


Saya salute la orang yang jadi aktivis ni. Bukan senang nak korbankan masa, tenaga dan kadang-kadang harta untuk memperjuangkan hak orang lain. Cemburu saya tengok ratusan aktivis dari pelbagai bangsa dari seluruh dunia yang join Freedom Flotilla ke Gaza tu, baiknya diorang tinggalkan keluarga, kerjaya, kehidupan masing-masing untuk kebaikan orang lain. Tapi in reality, masih ramai yang tak ambil cakna pasal isu ni. Bila buat demonstrasi je tak ramai yang turun, sebab apa? Sebab tak semua nampak faedah jadi aktivis, lebih ramai yang selesa dok kat rumah, tengok movie etc. Akhirnya, solidariti rakyat masih zero.


Berdiskusi panjang lebar mengenai sejarah Palestin dan Israel?


Memang seronok plus best kalau dapat bincang masalah Palestin dengan Israel ni hingga ke akar sejarah, permasalahan sosial, ekonomi dan lain-lain. Pemikiran pun berkembang, otak pun cerdas. Frankly speaking, kaedah ilmiah macam ni bagi saya, tak sesuai untuk semua orang. Certain-certain je yang mampu absorb heavy discussions tentang Palestin ni. Natijahnya, tak semua yang dapat mendalami isu Palestin ni dengan bersungguh. Solidariti? Zero jugak.


Menjadi seorang ahli teori konspirasi?


Ini lagi mantap. Bincang pasal ideologi-ideologi, falsafah, gerakan pro-Yahudi yang merancang nak takluk dunia. Cool gile, macam dalam filem. Tapi, tindakan kita lepas tu macam mana? Bagi saya buang air liur je sembang pasal logo-logo Freemason ni, sebab dah bersepah dah pun. Nak bincang pasal politicians yang ada link dengan secret societies ni lagi hampeh, tak ape yang kita boleh buat pun. Lagi pun, tak semua orang boleh jadi conspiracy theories yang baik sebab memerlukan penelitan dan pemikiran yang kadang-kadang luar dari kotak. Alih-alih, tak ramai yang dapat faedah (makcik-makcik, pakcik-pakcik kat kampung ada ambil port ke pasal hal ni?) dari teori-teori konspirasi ni. Solidariti? Z-e-r-o.


Dan bla, bla, bla, bla …… lagi peranan yang saya boleh ambil.


Apabila hanya Islam sebagai solusi


Tapi hakikat sebenarnya, setelah kesedaran itu datang, barulah saya tahu dimana letaknya peranan saya dalam isu palestin ini dan bagaimana saya boleh membantu.


Apa yang saya boleh buat adalah dengan menjadi seorang muslim.


Mudah kan? Tapi realitinya amat sukar.


Tak percaya? Something's wrong with your faith, gotta fix it quick.


Hmm, bagaimana dengan menjadi seorang muslim dapat membantu menyelesaikan isu serumit konflik palestin?


Kesatuan ummah sebagai jawapan


Macam gempak gile kan bile bercakap tentang kesatuan ummah. Macam la kita boleh capai kesatuan ummah dengan keadaan sekarang ni. Dengan segala macam masalah ummah dari segenap penjuru bumi ni, masih possiblekah kesatuan ummah?


Jawapannya: Yes, it is possible.


Macam mana lak tu?


Susah kot nak satukan 1.7 bilion orang islam kat planet ni! USA tu lagi kuat dari kita, macam-macam kita belajar dari dia! Jangan nak mengarut la geng pasal perpaduan ummah ni.


Hmm, kadang-kadang bila ada soalan/criticism/ orang-orang yang cynical cakap macam kat atas ni pun payah jugak.


Sejarah dah membuktikan, seluruh dunia pernah tunduk pada Islam. 2 kali lak tu.


Bila? 1st masa Nabi Sulaiman alahissalam memerintah, sampaikan binatang plus jin yang jadi tentera. 2nd, kerajaan Islam pernah wujud sejak terbukanya kota Madinah (622 M) sampai la hancurnya daulah Turki Uthmaniyah (1924). Berapa tahun? Roughly 1302 tahun ummat manusia merasai nikmat pemerintahan Islam.


Tak cukup yakin lagi? Check surah an-Nuur 24: 55


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq).


So, the point is:


Iman leads to unity. Tapi keimanan tu tak cukup dengan lafaz, kena zahirkan dengan amalan. Beramal je tak cukup, kemaksiatan kena tinggalkan. Beriman, beramal dan menjauhkan diri dari kemaksiatan je masih lagi tak capai standard untuk mendaulatkan kalimah syahadah kat bumi ni, kita mesti menyeru (berda'wah) kepada Islam jugak. Tu la secara ringkas apa yang kita boleh ambil dari ayat kat atas.


Bila dah settle benda yang 1st tu (iman), senang la nak capai tingkatan amal yang lain tu (beramal,..etc).


Senangkan?


Ini peranan kita


So macam mane yang dikatakan kekuasaan ke atas Palestin tu akan dikembalikan kepada ummat Islam semula?




Saiyyidina Umar r.a. pernah mention kat tentera-tentera Islam yang turut serta dalam misi pembukaan kota Palestin, lebih kurang macam ni dia cakap:


Aku tidak gentar dengan senjata dan gerombolan tentera musuh, tapi aku lebih risau akan maksiat yang kamu (tentera Islam) lakukan kerana disebabkan maksiat itu, pertolongan Allah tidak akan datang kepada kita.


Apa yang kita boleh highlight kat sini, setiap maksiat yang kita lakukan tu (kecil, besar, sengaja, tak sengaja) ada kesan atas ummah ni. Jadi, setiap dari kita ada peranan sendiri, iaitu: tinggalkan segala kemaksiatan yang kita lakukan. Check and balance balik apa yang kita buat tiap-tiap hari, mungkin ada salah silap kita yang tak sedar. Kena ada improvement dari hari ke hari. Itulah salah satu komponen dalam deen ni.


Jom, ber ubah!

2 comments:

Lt. fDanialz said...

satu entry yang baek...
jarang ada entry yang memberi kesedaran

Lt. fDanialz said...

Met entry hang ni memang bagus la.. salu wat aku nak bace jer

Entry Terbaru : Kerajaan Israel memberi sumbangan kemanusiaan kepada Palestin??
► Play. ▌▌Pause.