Monday, June 28, 2010

Who am I ?

Housemate saya


Kadang-kadang kita tak pernah terfikir kenapa dan bagaimana kita berada di sini, pada hari ini. Membaca entry ini pada hari ini, sambil menghirup secawan kopi mungkin, sambil ditemani alunan muzik dari windows media player.


Mungkin kita boleh rewind balik kehidupan kita beberapa tahun yang lalu. Di mana ketika itu kita tidak dibebani tanggungjawab dan masalah. Di mana pada masa itu, yang bermain di fikiran kita adalah untuk berseronok semata dengan hidup ini. Pergi sekolah, balik sekolah. Hujung minggu lepak kat cc, mandi sungai atau berjalan-jalan kat shopping complex.


Tapi kini kita di sini, saat ini.


Sebagai seorang anak.


Sebagai seorang mahasiswa.


Sebagai seorang kawan.


Sebagai seorang pemimpin persatuan.


Dan lain-lain lagi peranan yang tertanggungjawabkan kepada kita. Peranan-peranan yang sering kali dilihat penting, mengikut tempoh tertentu. Ada masa kita mengambil watak sebagai seorang anak di rumah. Di universiti kita memakai imej sebagai seorang mahasiswa. Ketika berorganisasi kita bertindak sebagai pemimpin contohnya.


Tetapi ada satu peranan yang perlu kita galas, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun, setiap tahun sehingga kita mati.


Biarpun kita seorang artis,


Seorang pensyarah,


Seorang ustaz,


Seorang buruh kasar,


Dan lain-lain.


Yang pastinya, watak kita tiap masa adalah seorang hamba dan seorang khalifah.


Setiap orang.


Setiap detik.



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(al-Baqarah 2: 30)


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(adz-Dzariyat 51: 56)


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(al-Baqarah 2: 208)


By definition, inilah kita.


Tapi, by practice?


Yes, ada masa solat kita solat. Masa ramadhan, kita ke surau berterawih, berhalaqah Quran. Bila peperiksaan, kita pergi jumpa ustaz-ustaz mintak buatkan air yassin, solat hajat. Tiap-tiap hari khamis malam jumaat kita baca surah yassin ramai-ramai. Mungkin itu Islam yang kita fahami. Melalui ritual-ritual mingguan.


Setelah itu, apa lagi yang kita buat sebagai seorang muslim?


Couple? kita buat.


Hisap rokok? kita buat?


Buang masa kat shopping complex? Kita buat?


Rempit? Kita buat.


And list goes on and on.


Secara realitinya, by definition dan by practice kita di mana?


Soalan who am i ? itu memerlukan jawapan segera, dari kita.


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman,
untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?


Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang
yang telah diberikan Kitab sebelum mereka,

setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut
maka hati mereka menjadi keras,

dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

(al-Hadid 57: 16)

3 comments:

miranasib said...

Syukran atas perkongsian...=)

Al Mahadaya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hanisah Safian said...

singgah! :)

nice entry.