4 Ogos 2010, 23 Sha’ban 1431
Pada satu tengahari yang tak berapa panas, di satu tempat yang dirahsiakan.
“Cik, saya nak buat aduan ni”, pemuda itu memulakan bicara.
Lelaki lengkap beruniform di hadapan pemuda itu mengerutkan dahinya.
“Motorsikal saya hilang cik, pagi tadi. Saya tertinggal kunci motor tu kat seatnya.”
Bilik itu kekal sunyi. Suasananya agak tegang, sekali sekala dicelah dengan bunyi kipas buruk yang menghiris udara.
“Ko biar betul, hilang?!”, lelaki beruniform biru tua itu menyentak. Sambil senyum sinis terukir jelas diwajahnya.

***
1400 tahun yang lampau
Seusai selesai dikebumikan anaknya yang meninggal dunia akibat sakit, wanita itu berbicara kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.
Suaminya yang bermusafir ketika itu tidak mengetahui akan berita kematian anaknya itu. Sekembalinya dia ke rumah, dia bertanya kepada isterinya akan keadaan anaknya itu. Dengan tenang, si isteri menjawab,
“Anak kita berada dalam keadaan aman”.
Malam pun mulai melabuhkan tirainya, malam yang disinari cahaya lembut rembulan diiringi desir pasir itu sememangnya membangkitkan rasa tenang. Makhluk Allah yang bertasbih, tanpa dapat kita fahami tunduknya mereka memuji Pencipta mereka. Subhanaallah.
Di rumah itu, si isteri bertanyakan kepada suaminya, “Wahai suamiku, andai kata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?”
“Tidak”, si suami membalas soalan isterinya itu.
Berikutnya, bibir si isteri mengungkapkan kata penuh keimanan,
“Sesungguhnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”.

Telefon bimbit pemuda itu bergetar, kuat. Dia berhenti di tepi jalan, berhadapan sebuah fakulti. Dia menekan punat berwarna hijau pada telefon bimbitnya itu.
“Hello, ni Cik Awang ke?”, suara seorang lelaki kedengaran dari hujung sana.
“Ye, ni Awang. Sape ni ye?”, balas pemuda itu, hatinya berdebar.
Lelaki anonymous dari hujung sana membalas, “Oh, saya dari Pusat Operasi Unit Kawalan Keselamatan UPM ni”.
Pemuda itu bertambah gusar. Berita gembira, atau khabar sedihkah yang bakal dia terima?
“Motorsikal cik Awang tu nombor platnya AGM **** kan?”
“Ha ah, ye.”
“Ada berita baik ni cik Awang, motor tu kami dah jumpa. Cik boleh datang ke sini untuk tuntut.”

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Surah al-Baqarah, 2: 155 - 157
8 comments:
alhmdlh.
cmne.blh.jmpe.blk?
amir syafiq, rupa2nya diorang dah alihkan motor ana terlebih dulu ke pusat operasi tu. bersungguh2 la ana pi buat repot segala bagai, memang dah ridho je mase tu.
tapi, rencana tuhan itu lebih misteri dari sangkaan kita kan?
Alhamdulillah.
Baru ada kesempatan untuk menunjukkan luka, tapi ia telah sembuh tanpa sebarang parut.
Alhamdulillah...motor itu masih lagi rezeki encik awang utk menggunakannya..=)
alhamdulillah (sebut dengan gaya maher zain)
ana tak berapa paham la akhi. kiranya anta di-wakenabeb eh?
zaid, tepat sekali. ekceli situasi ana mase kene punk'd tu lebih hillarious sebenarnya. cuma ana tak dapat nak gambarkan dengan bahasa yang lebih santai. sebab dah terbiasa type skema sebegini rupa. ha ha ha (gelak macam stephen hawking)
Gila la.. Dah belajar gelak cam stephen hawking dah sekarang ni.
Memang sah sekema.
Post a Comment