Monday, October 25, 2010

Kan best kalau dunia ni ideal?

Ini soalan kuiz kemahiran hidup darjah enam.



Setiap tahun pada bulan julai, sebuah universiti akan menyambut intake baru seramai empat ribu manusia. Satu per empat daripada mereka adalah lelaki (1/4). Dan 60 % daripada mereka adalah muslim.


Kebanyakkan program pengajian di universiti tersebut (let’s just assume) selalunya akan tamat dalam tempoh empat tahun. Secara idealnya, universiti tersebut akan mempunyai 16000 orang mahasiswa undergrad pada tiap-tiap tahun pengajian. Dan daripada 16000 tu, 2400 terdiri daripada lelaki yang muslim.


Katakan di universiti tu ada 17 buah kolej kediaman dan 2400 lelaki muslim di atas didaftarkan secara sama rata (bilangan mereka) ke dalam setiap 17 buah kolej kediaman itu. Maka kita akan mendapati lebih kurang 140 orang lelaki muslim di dalam setiap kolej itu.


Dan, oleh kerana sedar akan hakikat diri seorang muslim yang mukallaf, maka di setiap kolej itu sepatutnya ada sebuah surau yang saiznya just nice, 20 orang boleh muat satu saf bagi jemaah muslimin. Ideally, akan ada 7 saf setiap waktu solat (kecuali zohor dan asar sebab masa tu ada kelas).


Ideally, keadaan sepatutnya macam tu.


Soalannya,


1. Iman itu naik dan turun. Macam mana nak jaga iman dalam sebuah universiti yang jumlah undergradnya adalah ¾ perempuan?


2. Perlukah penuh/kosong surau2 ketika waktu solat prime time (subuh, maghrib, isyak) dijadikan indikator undergrad di sesebuah universiti tu mengamalkan Islam?


Selamat menjawap.

4 comments:

Abu Khalid said...

Imam juga naik dan turun...

Ana yakin di universiti tersebut, tidak jarang-jarang imam tidak turun-turun, dan bilal tidak azan-azan di satu-satu kolej.

Dari 3/4 pelajar (perempuan), tidak semuanya yang mampu mempengaruhi iman 1/4 ini.

Di sela masa yang lain, pelajar lelaki 1/4 ini mengunjungi 3 bilion kaum hawa di alam maya.

Anonymous said...

akhi, andai kata (secara puratanya) hanya 5 orang saja yang istiqomah tiap2 waktu solat (di setiap kolej), percentage yang kita dapat hanyalah

(5 x 17) = 85

85/2400 x 100 = 3.5 %.

jauh lagi nak u.a. harap kita dibekalkan kudrat insyaallah.

AmirSyafiq said...

pergh.
korg.nih.mmg.ideal.laa.

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Assalamualaikum wbt,
Sekadar pandangan buat renungan..

1. Iman itu perlu dijaga dan dididik, bukan dimanja dan dibelai. Hakikatnya ianya turun dan naik, tetapi InsyaAllah dengan hawa nafsu yang terkawal juga iman yang terjaga, semua ini dapat dibendung.

Sesungguhnya kita semua terletak di bawah kekuasaanNya.

Iman itu turun da naik bukan bergantung pada bilangan perempuan atau lelaki, tetapi terletak pada diri kita sendiri, sejauh mana kita bergantung harap pada Allah untuk memelihara penglihatan dan tingkah laku kita.

2. Indikator..Islam itu adalah cara hidup yang sentiasa dipraktikkan. Soalan ini sangat subjektif. Apa yang boleh dikatakan, amalkan Islam itu di mana2 sahaja, bukan sahaja di surau2 atau di masjid2..Iman dan Islam itu ada dalam setiap diri kita-kita ini, bukan pada mana-mana tempat.

Waallahua'lam.
(mencabar soalan ni)