Seorang lelaki bingkas bangun dari tidur, terkejut benar dengan apa yang berlaku di dalam mimpinya tadi. Masakan tidak, dia bermimpi dia berjumpa anak kecilnya yang sudah meninggal. Ya, anak kecilnya yang sudah meninggal berbicara kepadanya.
Anak kecilnya itu seorang gadis yang comel, pergi dahulu mendakap cinta Tuhan seawal usia 3 tahun. Perginya anak gadis itu membuatkan dunia bahagia ayahnya hancur luluh. Hadirnya Fatimah, ya nama dia Fatimah, melukiskan potret hidup yang paling manis buat ayahnya itu.
Dari seorang yang gemar bermaksiat, aura kasih yang terpancar dari Fatimah berjaya meletakkan ayahnya ke jalan hidayahNya. Ada ketika Fatimah bermain-main dengan botol arak yang disimpan rapi oleh ayahnya, lalu suara halus ayahnya membisik pada diri, "Ya, mungkin dia dihantar untuk aku menginsafi diriku".
Tapi, Fatimah pergi terlalu awal. Abinya tidak dapat menerima hakikat itu.
Langsung dari seorang 'abid, ayahnya terus jatuh ke kubang maksiat. Satu dunia yang pernah dia tinggalkan satu ketika dahulu.
***
"Ayahku, itulah amal burukmu. Yang dibiarkan bertumpuk, menggunung. Di sini akhirnya dia menjadi sebab menarikmu ke dalam gaung neraka".
Benarkah ya Fatimah, benarkah ular besar yang mengganas itu adalah sisa maksiatku selama ini?!
Siapakah pula orang tua itu wahai intanku? Bersungguh aku cuba meraih pertolongannya, tapi dia sedikit pun tidak mahu membantuku!
"Orang tua itu, ayahku, adalah amal kebaikanmu. Itulah dia amal kebaikanmu yang sedikit sekali engkau lakukan wahai ayahku, sehingga tiada ia mampu untuk membantu mu di sini!"
"Duhai ayahku, dengarkanlah kata Tuhanmu ini,

Dengarkanlah wahai ayahku,
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
***
Kuliah ringkas dari Shaykh Dr Ramadhan al-Bouti yang bertandang ke Malaysia tempoh hari benar-benar mengesankan. Masjid al-Azhar Kolej Universiti Islam Selangor menjadi saksinya. Sedih sekali aku tak dapat memahami bahasa arab, tapi perasaan yang disampaikan oleh Shaykh ketika memberikan kuliah itu sedikit sebanyak meninggalkan bekas di hati ini.
Mudah saja sekiranya kita mencari artikel mengenai kisah tersebut yang dilalui oleh Malik Bin Dinar di internet, namun aku percaya penyampaian yang disampaikan oleh Shaykh al-Bouti ada perasaan yang tak terungkap yang diselitkan.
Sebelum lenyapnya syuyukh terpercaya dari muka bumi ini, ada baiknya kita bergegas mencari (atau mencipta) peluang untuk bertemu dan mengutip hikmah dari mereka.

No comments:
Post a Comment