Rumah itu biasa-biasa sahaja, warnanya putih diluar dan tiada pula perabot di dalam. Sesiapa yang baru bertandang ke rumah itu barangkali merasa bosan duduk di dalamnya.
Rumah yang biasa-biasa itu, sekali dilihat dari luar memang biasa. Rumput sekangkang kera dan lantai kelabu diluar rumah itu sama sekali bukan daya penarik yang baik.
Menjeling sekali imbas dari luar, rumah itu tiada beza dengan rumah-rumah bujang yang lain. Penuh dengan motorsikal dan tiada pula rimbunan pokok hiasan yang mewarnai halaman.
Rumah itu memang biasa.
***
Sesekali di hujung minggu, ataupun di hari-hari tertentu, rumah itu kelihatan meriah. Seolah-olah ada satu pesta yang diraikan oleh mereka yang berkunjung ke rumah itu. Lain macam sungguh rumah itu.
Yang menginap di dalam rumah itu pun biasa-biasa saja orangnya. Ada yang masih menuntut, yang menjadi editor buku dan yang sedang menyudahkan projek tahun akhir sarjana muda. Macam rumah-rumah bujang biasa yang lain juga, tiada bezanya.
Dahulunya, rumah itu pernah meriah. Bilangan penginap di rumah biasa itu pada ketika itu lebih ramai berbanding sekarang. Rumah itu pada ketika itu pernah hidup dengan ruh yang menyegarkan, harapnya hingga kini ruh itu masih belum terpadam.
Ruh apa pula yang hidup di rumah itu? Entah lah, sukar sekali untuk dilukiskan gambaran ruh itu. Sedangkan Baginda Nabi sendiri menyerahkan urusan ruh kepada Tuhannya, inikan pula kita yang kadang beriman, kadangnya tidak ini.
Mungkin perkataan ruh bukanlah satu perkataan yang tepat untuk digunakan bagi menggambarkan satu subjek yang abstrak ini. Rasanya keadaan ini lebih molek tergambar dengan perkataan nadi. Nadi yang menunjukkan adanya aliran darah dalam badan manusia, 120 mmHg secara normalnya. Begitulah rumah itu, yang menggambarkan kehidupan mereka yang menghuninya.
Sel-sel darah merah yang mengalir di dalam jasad seorang manusia menghantarkan oksigen yang diperlukan oleh bermacam jenis sel di dalam tubuh itu, hingga ke setiap pelusuk hujung pembuluh darah, tiada satu inci sel pun yang tidak mendapat jangkauan sel darah merah itu. Lantas, sel-sel darah yang mengalir itu memberikan satu kehidupan kepada tubuh itu, hinggakan ia dapat menjalankan fungsi manusia yang sepatutnya. Sebagai seorang 'abid dan juga khalifah.
Mereka yang menghuni rumah itu seakan pemuda Kahfi yang gah, berkurung di dalam rumah itu demi menyelamatkan keimanan mereka. Ada masanya aku lihat mereka ini bagaikan kumpulan Hawariyyun yang teguh menyuarakan syahadah mereka. Malam hari mereka dihabiskan bersujud dan siangnya dilangsaikan untuk dunia. Bagai rahib di malam hari, singa di siang hari.
Mulanya ada yang ragu, dari mana datangnya nadi itu? Apakah amalan luarbiasa yang dihidupkan yang membawa kepada hidupnya nadi itu?
Melangkah masuk ke rumah biasa itu, tiada apa yang luarbiasa.
Tiba sahaja waktu solat, kaki mereka diayun laju ke surau.
Bacaan al-Quran sering kali membasahi bibir mereka, berdengung di setiap sudut rumah.
Hujung minggu mereka bukan di shopping malls, gigs mahupun pawagam tapi di halaqah-halaqah, daurah-daurah dan mukhayyam di merata tempat.
Di awal pagi mereka berangkat keluar dari rumah itu, menjalankan tanggungjawab masing-masing dan kembalinya mereka ke rumah itu lewat malam, ketika rumah lain sudah mula melabuhkan tirai kamar mereka. Yang pasti, mereka bukan ke kedai-kedai mamak mahupun ke gelanggang futsal. Puluhan halaqah menuntut mereka untuk tidak diam, statik di rumah biasa itu.

Di selang masa yang senggang, buku-buku fikrah, naskhah al-Quran kecil dan makalah ilmiah sering menjadi teman mereka. Sembang kosong jauh sekali meniti di bibir mereka.
Itulah mereka, yang pernah mendiami rumah biasa itu.
Itulah mereka, yang pernah mendiami rumah biasa itu.
***
Kini, rumah itu masih cuba untuk bernafas. Survival rumah itu menjadi satu kebimbangan. Rumah biasa itu yang sebenarnya bukan satu rumah yang biasa.
Rumah itu adalah tempatnya bersuluk barisan pemuda yang menyiapkan diri untuk sebuah kemenangan. Rumah itu medannya dilatih gerombolan manusia yang sedia menyahut sebarang tentangan. Rumah itu bukan rumah biasa.

Rumah itu kami gelarkan ia Badar.
Ya, Badar. Ghazwah yang menghimpunkan sejumlah kecil insan berhati kental, mendepani lautan jahiliyah.
Badar bukanlah tempat yang selesa, mana mungkin Badar menjadi rumah yang biasa.
Ya, Badar. Ghazwah yang menghimpunkan sejumlah kecil insan berhati kental, mendepani lautan jahiliyah.
Badar bukanlah tempat yang selesa, mana mungkin Badar menjadi rumah yang biasa.
1 comment:
masyaALLAH...moga BADAR terus disemarakkan dengan pemuda pemuda yang sentiasa istiqamah dan terus istimrar...kalau di samarahan bunyi nama badar berubah kepada Maktab Irsyad hehe..
Post a Comment