Saturday, April 23, 2011

Antara kelmarin dan tulat

Bismillah …


Di waktu kecil dulu, aku pernah mempunyai impian yang besar. Impian itu aku kira lebih extravagant dari cita-cita menjadi seorang doktor mahupun jurutera.


Aku berimpikan untuk menjadi seorang yang dikurniakan kuasa yang luar biasa, untuk membantu manusia lain di saat-saat kesusahan. Aku berimpikan untuk menjadi orang yang unik, yang luar biasa, yang lain dari yang lain, yang hebat, yang gempak dan yang outstanding.



Dan hikayat-hikayat seperti Mighty Morphin Power Rangers dan Ultraman banyak membantu sebagai candu bagi mengubati fantasi aku itu.


Masa mengubah manusia. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam bersilih hari, hari mengakumulasi ke bulan dan tahun. Kini aku fikir aku sudah cukup dewasa untuk mengetahui bahawa Ultraman dan Power Rangers adalah watak-watak fiction semata-mata.


Aneh sekali, aku masih punya impian yang sama seperti dulu.


Rasanya kitar hidup manusia moden yang tak ubah seperti zombie kini yang banyak meracuni fikiran aku. Aku tekad untuk keluar dari lajunya deras perkembangan masa dan kemajuan. Aku mencari-cari ruang untuk menyelit, berlari jauh dari perlumbaan mengejar realiti dunia.


Aku mencari-cari ilusi untuk menawarkan oasis jiwa yang mengubati segala kelelahan duniawi. Walaupun kaki ini telah melangkah pergi dari alam kampus, tetapi ada masanya aku merasakan diri ini masih seorang loser yang tak pernah meraih sebarang anugerah kecemerlangan akademik, sukan mahupun pertandingan Olympiad di usia persekolahan dahulu.


Watak seperti Neo dari trilogi The Matrix dan persona Jack Sparrow dari saga The Pirates of the Caribbean hadir bagi menghidupkan impian di waktu kecil ku itu.


Dan, aku tak pasti masih adakan orang lain yang mempunyai impian yang sama dengan ku ini. Mungkin ada dari kalangan cosplayers, otaku dan hikikomori yang ada di dunia ini yang mempunyai cita-cita yang seiring dengan ku.


Bersambung. Inshaallah.


***

Awang Ilham,
Badar, Seri Kembangan,
April 23, 2011 @ 7.13 p.m.

2 comments:

zabed said...

I sense a disturbance in the Force...

NaBiLa =P said...

oh.nak like komen kat atas.like!

aku mase kecil x bercita2 tinggi pun. nak jadi saintis sbb nak pakai labcoat, nmpak smart bergaya. sekarang? hah labcoat aku campak katne ntah, xtaw dah.