Friday, April 15, 2011

the fallen da'i


Futur. Aku takut sekali mendengar perkataan itu. Apatah lagi merasainya. Aku bukan malaikat yang rasa patuhnya kepada Tuhan yang tiada pernah padam. Aku juga bukan syaitan yang sentiasa menyeru ke arah kehancuran jiwa manusia.


Kaedahnya, hati manusia itu sangat fragile. Iman manusia turun dan naik, tiada yang terkecuali. Dan ubat yang mujarab untuk menghilangkan rasa resah di hati akibat turunnya iman itu adalah dengan bertaubat, taubat yang sebenar-benar taubat.


Tapi bagi kebanyakkan manusia, bertaubat itu adalah sekadar teori. Tak lepas dari kata-kata di bibir. Hanya sedikit yang mampu melaksanakan taubat itu. Rasa urgensi bertaubat itu tak ramai yang dapat merasainya.


Aku mencemburui generasi awal yang di siang harinya mereka laksana singa yang berani menghadapi buruannya dan di malam harinya mereka bagi rahib yang khusyu' meraih cinta Tuhan mereka. Ada juga kisah generasi awal yang hampir-hampir membuka pintu kota Perancis, di mana kekuatan mereka di semai semasa bangun malam.


Ah, aku sangat merindui saat aku mampu bangun malam, dan bersujud memohon kekuatan dari Tuhan, untuk menghadapi hari esok.


***

Awang Ilham
Badar, Seri Kembangan,
April 15, 2011 @ 10.58 p.m.

2 comments:

Unknown said...

kejut tak bangun...sepuk kang..

hua hua..lepas ni...kalau kejut, kena sepak2 sikit, jirus air..padan muke~

. Inilah aku . said...

Jumpa ikhwah akhi.. :)