Dan, tak ramai juga yang dikurniakan nikmat Allah untk jatuh cinta pada pandang pertama, tapi mereka terus larut dalam bisikan halus yang menarik mereka ke lorong yang dimurkai Allah.
Begitulah nikmat cinta, sehingga ada yang meneruskannya di jalan ketaqwaan, dan ada juga memilih untuk berada di jalan kefasadan.
Tapi, tulisan ini bukan untuk tujuannya untuk menarik perhatian pembaca terhadap isu baitul muslim.
Sejak beberapa hari ini, ada waktunya aku mengambil sejenak untuk memikirkan kembali tentang satu persoalan. Persoalan mengenai hakikat kehambaan diri pada Allah. Persoalan mengenai rasa manisnya iman bila waktunya tiba. Persoalan mengenai cinta kepada Allah.
Aku fikir, persoalan ini tidak menjengah akal ini kerana tak Ramadhan yang bakal kunjung, tapi mungkin telah berlaku siri-siri peristiwa yang membangkitkan kemahuan diri ini untuk menyoal sejauh manakah kecintaan yang ada dalam diri ini terhadap Allah.
Setelah beberapa lama berada di dalam tarbiyah ini, aku menemui insan-insan yang menzahirkan maksud cinta mereka terhadap Allah melalui kehidupan seharian mereka.
“Akhi, ana rasa kan, mati yang paling best, adalah mati bila kita on the way nak pergi program atau bila nak balik dari program. PERRGGHH, bayangkan akhi..betapa nikmatnya”, kata seorang akh.
Ada ikhwah yang aku tak perasan bila diorang balik dari program, rasanya lewat malam. Tapi, sebaik sahaja aku bangun tidur dan bersiap untuk subuh, aku perasan ikhwah yang selalu balik rumah lewat inilah yang selalu bangun awal antara kami.
Itu antara fragmen tentang cinta pada Allah yang aku kutip di sepanjang jalan ini. Mereka benar-benar dan bersungguh-sungguh terhadap janji mereka terhadap Allah dan janji Allah terhadap mereka. Cinta itu sudah mengakar dalam sanubari mereka.
“dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya)”… 6:34
“(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran”…9:111
Kata-kata begini pernah keluar dari mulut kita. Kata-kata yang lahir dari rasa jemu dan lelah yang aku kira sedikit sekali, tapi dimarakkan lagi oleh bisikan halus syaitan yang tak pernah senang hati dengan segala usaha muraqabah yang dilakukan oleh hamba Allah yang ikhlas.
“Tiap-tiap malam liqa, qowiy gile enta. Macam mane la ana nak jadi macam enta akhi?”
Tersentak bila soalan sebegitu ditanya pada diri masing-masing.
Rasa terusik cinta di hati terhadap Allah, terhadap adik-adik yang menunggu untuk santapan ruhani mingguan mereka. Rasa tercalar cinta itu, bila gadaiannya adalah satu kebangkitan ummat.
Mungkin pada awalnya, cinta itu belum memenuhi ruang hati kita lagi. “Ahh, jauhnya nak pergi usrah..” atau “adeh, ada daurah pulak weekend ni..haih..”
Percayalah, Allah memilih siapa yang dikehendaki untuk menyebarkan menjadi tenteraNya menegakkan hakimiyyahNya dan menebarkan cintaNya di bumi ini. Dan kita, setakat ini masih terpilih. Cuma, sejauh mana kita menyedarinya, harus kita cermati di tiap masa.
Kata seorang pemuda kelahiran Mahmoudiyah, Mesir,
“Kita akan perangi mereka dengan cinta”
Seorang ustadz dari Jayakarta menambah,
“Memang seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu.Berjalan, duduk, dan tidurmu.Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. tentang ummat yg kau cintai.”
Inilah jalan yang kita pilih, jalan cinta. Doa dan usahakan Ramadhan yang bakal mengunjungi menambah kekuatan kita untuk terus mencintai Dia, dan sesama kita.
***
Awang Ilham,
Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM,
Julai 29, 2011
No comments:
Post a Comment