Tuesday, November 15, 2011

Halawatul iman, once upon a time


Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., dia berkata, " Rasulullah s.a.w bersabda, ertinya,


"Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman.

(1) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya;

(2) Mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah;

(3) Benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan darinya, sebagaimana bencinya jika dicampakkan ke dalam api."

(Muttafaqun 'alaih)

***

Secara peribadinya, aku pernah rasa manisnya iman (so called) masa zaman sekolah menengah dulu. Tinggal kat dalam asrama, tak buat benda tak elok, solat semua cukup waktu (plus solat sunat), baca quran etc. buat aku rasa macam tak risau kat ancaman jahiliyyah (yang masa tu pemahaman jahiliyyah aku setakat apa yang ada dalam buku teks je). Dan masa tu jugak, segala amalan tu terjaga sebab aku duduk dalam biah yang solehah, ada ustaz2 yang jaga dan kawan2 yang baik. Pada masa yang sama, SPM yang kitorang bakal lalui masa form 5 menguatkan lagi motivasi aku untuk terus menjaga amal2 ibadah khusus tu. Sebab yang mudah aku fahami masa tu, ilmu tu tak akan masuk dalam dada orang yang banyak buat maksiat.


Dan itu motivasi aku. Dulu.


Cuma sekarang ni, aku tak pasti kenapa aku tak dapat rasa perasaan dan keghairahan yang sama macam 6 tahun lepas?


Kalau difikirkan balik, ujian2 yang Allah nak datangkan sekarang sebenarnya lebih hebat berbanding masa SPM dulu. Sebab manusia kan diuji atas kefahaman agama dia?


***


Bila aku mula menapak masuk dalam usrah 2 tahun yang lepas, seriously, amalan2 yang dulunya masa SPM dan matrik tu dah hilang tah kemana. Jadi macam ritual2 je. Tapi keadaan Alhamdulillah mula berubah bila naqib usrah aku masa tu dia berjaya menghidupkan kembali hati aku yang aku consider dah lama gelap. Datang usrah je rasa macam hati ni sejuk, macam pekena air fresh oren lepas lari jogging 10 KM kat tengah panas. Tapi tu bila dengan abang naqib tu je, bila dah lama2 (lama jugak la) lepas tu, penyakit lama mai balik dah.


Aku mula rasa hati aku start nak mati balik dah. Rasa kering je hati ni, nak buat amal2 soleh pun rasa tak passionate dah.


***


Ikhwah fillah,


Bila merenung semula perjalanan kita yang tak berapa jauh ini, sebenarnya aku sampai pada satu hakikat yang kita ini sentiasa dalam diuji dan iman kita lah yang menjadi benteng pada deretan ujian2 yang telah berlaku.


Kita imbau kembali kata2 Mu’adz bin Jabal r.a. yang selalu diulang2


“Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak”.


Lalu, sejauh manakah kita membawa diri kita untuk mengisi semula hati2 kita dengan nasihat2 dan tunjuk ajar dari Allah dan Rasulullah s.a.w. semasa dalam pertemuan2 kita?


Namun, kita juga sedar yang keimanan kita ini bukan hanya dibina di dalam usrah. Bukan ditaklifkan kepada naqib dan saudara sehalaqah kita. Tapi ianya terletak pada kita.


Kitalah yang seharusnya membina keimanan kita. Melalui amal2 fardi dan juga pesan2 kebaikan sesama kita, serta menunjuk ke arah kebaikan dan menggentar kebatilan.


Muhasabah, terus muhasabah.

2 comments:

Hamidi said...

salam...

ana rasa kata-kata 'ijlis bina walau sa'ah' itu adalah kata-kata Abdullah bin Rawahah. wallahu a'lam.

Anonymous said...

@hamidi,

ada 2 quote yang semisal. dari muaz r.a. dan abdullah ibn rawahah r.a.