Thursday, December 22, 2011

pasal #palestin



Kesedaran tentang isu Palestin sejak kebelakangan ni makin meningkat. Makin ramai yang bertanya tentang perkembangan isu Palestin, apa yang boleh disumbangkan untuk rakyat Palestin dan berdozen soalan lagi. Kita boleh lihat banyak program berkenaan Palestin di merata tempat (masjid, pusat beli belah, sekolah dan universiti etc.). Jadi, ini satu perkembangan yang positif dikalangan rakyat Malaysia.


Walaupun begitu, isu Palestin yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini dilihatdari banyak perspektif. Ada yang membincangkannya dari sudut undang-undang antarabangsa, politik, kemanusiaan dan kesenian. Tapi sedar atau tidak, di Malaysia ni, isu Palestin jadi macam isu chipsmore. Kejap ada, kejap takda. Ada pasang surut. Dan realitinya, penduduk Palestin (yang sekarang ni hanya tertumpu di Gaza dan Tebing Barat) terus menerus dikenakan tindakan ketenteraan oleh tentera rejim Zionis non-stop. Kontra bukan?


Jadi untuk kita lebih peka dengan isu Palestin dan menjadi sebahagian dari arus perjuangan globaldalam membebaskan Palestin, saya cadang untuk buat 1entry untuk Palestin tiap-tiap bulaninsyaallah. (*p/s: ini jugak adalah sebahagian dari things-do-do saya untuk tahun 2012 *semangat!*).


***


Dan untuk memulakan momentum perjuangan isu palestin bagi tahun 2012, saya nak kongsikan 1 soalan yang ditanyakan pada Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (pengerusi lembaga NGO Aqsa Syarif yang memperjuangkan isu Palestin) dalam satu program baru-baru ni:



Soalan:


Boleh ke makan KFC, McD, Coke, Starbucks, Nokia? Boikot? Apa kata Aqsa Syarif?


Jawapan:


Boikot ini bukan untuk semua produk. Boikot kita berfokus pada syarikat yg sokong rejim Zionis secara terus terang. Aqsa syarif bersama Viva Palestina Malaysia sepakat untuk boikot McD, Coke, L’Oreal dan Nestle. Kenapa boikot? Untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat Palestin. Dan pendekatan boikot ni selari dengan kaedah Boycott, Divest, Sanction (BDS) yang diamalkan oleh NGO pro-Palestin di seluruh dunia.


***


Setakat itu dulu Q & A Palestin, harap dapat memberikan kefahaman yang jelas tentang halatuju perjuangan isu Palestin di Malaysia. Klik lah link Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia dan BDS tu untuk lebih info. Inshaallah di entry2 akan datang, saya cuba kupas lebih lanjut tentang sejarah Palestin, watak2 utama dalam perjuangan Palestin dan tak lupa video2 yang menarik tentang Palestin. Till then, assalamualaikum, ila' liqa'! :3

No comments: