Wednesday, February 15, 2012

Palestina ke Olimpik


Baru-baru ini saya dan teman usrah, Marwan dan Afif, sempat ke Kuala Lumpur Palestine Film Festival di Pavillion. Oleh sebab kebanyakkan filem yang ditayangkan adalah dari genre dokumentari, kami bercadang untuk menonton filem Insyaallah Beijing


Ringkasnya, filem Insyaallah Beijing ni mengisahkan tentang perjalanan 4 orang atlet (2 orang atlet olahraga dan 2 orang atlet renang) Palestin (di Gaza) yang menjalani latihan bagi menghadapi sukan Olimpik di Bejing pada tahun 2008. Fokus filem ni adalah pada cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang menghadapi latihan. Mereka berdepan dengan kerenah dari pihak berkuasa Palestin sendiri (Hamas menang pilihanraya pada tahun 2006), persepsi negatif dari rakan sekolah, kekurangan dana kewangan dan tekanan dari keluarga masing-masing. Dan penghujung ceritanya bukanlah pada jumlah pingat yang berjaya diraih, tapi pada destinasi yang ingin dituju itu sendiri, Beijing.


Peribadinya, seni (dalam kes ini, filem) merupakan satu kaedah yang baik untuk menyebarkan kesedaran mengenai isu perjuangan rakyat Palestin. Dan, di tengah masyarakat urban seperti di Kuala Lumpur, kita dapat lihat keberkesanan peranan filem dalam gerak kerja aktivis pro-Palestin.


Di bawah adalah sedikit gambar atlet Palestin yang berlatih untuk sukan Olimpik di London, 2012: 











Sumber gambar dari sini


Dan sebenarnya jika kita perasan, perjuangan rakyat Palestin sebenarnya bukan setakat terhenti di ruang krisis "Israel-Palestin" sahaja, tapi perjuangan mereka adalah perjuangan kemerdekaan dan kemanusiaan.


Pada penghujung dokumentari "Insyaallah Beijing", ada babak di mana keempat-empat atlet Palestin tersebut bersama dengan pengurus kontinjen berarak di Stadium Kebangsaan Beijing (atau Bird's Nest Stadium) semasa majlis perasmian sukan Olimpik 2008. Jujur saya katakan, saya seolah-olah dapat merasai satu perasan yang teruja, melihat babak tersebut. Riak wajah atlet-atlet Palestin tersebut seakan-akan mengatakan, "Lihatlah dunia, kami masih hidup, kami masih di sini!". Kegembiraan mereka yang dapat menjejakkan kaki di Beijing itu sebenarnya tak dapat diimbang dengan penderitaan yang mereka alami selama lebih 60 tahun.


Take home message nya, masih banyak yang perlu kita lakukan dalam menyedarkan masyarakat tentang isu perjuangan rakyat Palestin. Kita imbau kembali pesan Sayyid Qutb dalam kitab nya Ma'alim fit Thoriq, di mana dia membawa kita untuk menyoal adakah masih wujud ummat Islam di muka bumi ini, sedangkan kezaliman berlaku di seluruh tanah orang Islam?


Wuallahu'alam.

1 comment:

Unknown said...

rugi. terlepas peluang.