Semasa majlis graduasi mahasiswa Islamic University of Gaza. (Sumber)
Dari dialog bersama seorang teman sebentar tadi, dia dari Sudan.
Dia berbicara dalam bahasa Inggeris, jadi saya terjemahkan disini:
Di Sudan, saya pernah terdengar seorang mahasiswa bertanya pada seorang syaykh semasa mendengar kuliahnya. Dia bertanya,
"Ya shaykh, saya kini sudah menjadi mahasiswa di universiti ikhtilat (university of ikhtilat) ini. Jadi apa yang patut saya lakukan untuk menjaga diri saya?"
Dan shaykh itu pun menjawap,
"Pada mulanya kita perlu memahami bahawa Islam ada penyelesaiannya. Kita patut ada sebuah universiti yang dikhususkan untuk lelaki dan sebuah lagi universiti untuk perempuan. Kamu patut terus bertahan, bermujahadah (struggle) dan berjaya dalam pelajaran kamu. Saya berdoa dalam masa 10 atau 20 tahun di masa akan datang, kamu akan menjadi dekan di fakulti ini dan mengubah sistem yang sedia ada ini."
1 comment:
bila fikir, itulah sebab kenapa kita belajar sehingga kita PhD. agar dengan kejayaan akademik itu akan memberi kita peluang lebih untuk dekat di jalan Allah.
Post a Comment