Ketikamana berlangsungnya Mu’tamar Umum Missionary di Jabal Zaitun di Palestin pada tahun 1909 – bangunlah seorang wakil di mu’tamar tersebut member ucapan:
“Sesungguhnya usaha-usaha mengkristiankan umat Islam yang dilakukan oleh Barat di sepanjang seratus tahun kebelakangan ini telah merosot di negeri-negeri Islam kerana mereka (umat Islam) tidak berpindah dari agama mereka (Islam) kepada Masihi (Kristian); melainkan satu atau dua orang sahaja. Itu pun – yang pertama kerena tipudaya kita atau terpaksa. Adapun yang selainnya disebabkan oleh kesempitan ekonomi, dengan itu ia mendatangi kita kerana kesempitan hidup yang kita sendiri rancangkan ………..”.
Sampai di sini Padri Zwemer bangun dan kemudian beliau memberi ucapan, ujarnya:
“Berdasarkan kepada lapuran-lapuran yang diterima di dalam persidangan ini menunjukkan bahawa para missionary (pendakyah Kristian) tidak memahami dan mengerti tugas (peranan) mereka di negara-negara Islam. Sesungguhnya bukanlah dari tugas kita untuk mengeluarkan umat Islam dari agama Islam dan menganut agama Masihi! Akan tetapi tugas kita hanya mengeluarkan mereka dari Islam sahaja. Kita menjadikan mereka tunduk kepada pengajaran kita, tunduk kepada jalan dan corak berfikir kita. Bilamana kita berjaya dalam tugas ini dengan kejayaan yang menyeluruh – akan berlakulah orang-orang yang keluar dari pusat-pusat pengajian ini – bukan sekadar pusat pengajian rendah – akan tetapi pusat-pusat pengajian kehakiman (perundangan) dan sebagainya yang mengikuti program yang kita laksanakan itu telah keluar daripada Islam dengan amalan mereka meskipun mereka tidak menukar namanya. Mereka akan menjadi penyokong dan pendokong kita di dalam politik tanpa disedari; atau menjadi pengikut dan pak turut kepada kita – mereka sedikit pun tidak membahayakan kita ……… sesungguhnya inilah kejayaan kita yang cemerlang …… kejayaan yang tiada tolak bandingnya …”.
Petikan dari bab “Jalan Yang Satu”, dari kitab Kesebatian Fikrah dan sejarah Menurut Islam karya Syed Qutb.
No comments:
Post a Comment