Thursday, October 30, 2008

mulut oh mulut

aku seorang yang sangat cerewet dalam memilih kawan. beberapa faktor aku tekankan sebelum memulakan satu hubungan persahabatan.

rasanya tak salah kalau aku katakan, keberkatan dalam kecerewetan memilih kawan terzahir dalam peribadi serta tingkahlaku aku sepanjang 20 tahun kehidupan ini. tapi kecerewetan aku dalam berkawan agak terjejas apabila melangkah masuk ke alam universiti. entah kenapa, segala prinsip dalam berkawan yang aku pegang selama ini tidak dapat digarap secara menyeluruh.

tatkala aku memikirkan permasalahan ini, aku terkenang kembali akan satu pesan Rosulullah kepada umatnya yang mengingatkan kita agar memilih sahabat yang dapat memberi manfaat seperti si penjual kasturi dan menjauhkan diri dari memilih mereka yang memberi mudhorat seperti si penempa besi.

sebaik sahaja melangkah masuk ke universiti, amat sukar untuk aku melaksanakan apa yang aku pegang selama ini. etika memilih sahabat kelihatan samar untuk dijayakan. aku terpaksa akui, bukan semua manusia memilih untuk berakhlak. bahkan, ramai juga yang memilih untuk meninggalkan akhlak. tapi, kawan yang berakhlaklah yang telah berjaya membentuk aku.

mulut

teringat aku akan sepotong ayat dalam surah al-mu'minuun. ayat ke 3. ayat yang menjelaskan bahawa salah satu ciri mu'min yang berjaya adalah mereka yang menjauhi perkara yang sia-sia. lagho. tapi tak ramai yang mampu untuk mengambil pengajaran darpada ayat tersebut.

al-kisah terdapatlah si polan yang hari-harinya diwarnai dengan lafaz kata-kata yang amatlah jijik, hina dan bernanah dek telinga kalau didengari. meskipun bergurau, polan tersebut mahu tak mahu, berusaha juga untuk menyelitkan perkataan-perkataan yang meloyakan.

banyak yang ingin aku ceritakan tentang bersahabat. mungkin ini adalah entry pertama mengenai bersahabat. banyak lagi yang bakal menyusul.

No comments: