Sunday, April 12, 2009

komplot dan matriks

banyak yang telah berlaku minggu lepas, wifi yang amatlah slow macam gd6ur8732yrtb1f menyebabkan blog ni agak tergendala.. hampir2 membunuh nafsu untuk mengemaskini blog ni..

komplot dan matriks!


bab komplot

tatkala syaitan la'natullah menghembuskan was-wasnya ke dalam diri:

komplot. apa yang komplotnya? kau dah disenaraikan untuk dihantar keluar dari kolej kediaman kau untuk semester depan. macam budak-budak akademi fantasia yang dihantar keluar tiap-tiap minggu. apa yang nak dikesalkan? orang dah taknak kat kau, orang buat khianat dan kau masih nak menagih terhegeh-hegeh depan mereka?

sedarlah sikit, kau tu punya maruah. bukan cacai yang dikutip di tepi jalanan, yang boleh dikotak-katik, ditendang ke sana ke sini. padahal, ada saja makhluk celaka yang tak bermaruah yang tidak pula cukup meritnya, boleh pula tinggal, tetap di sini untuk semester depan.

cuba bayangkan kalau kau dapat tinggal di sini lagi untuk semester depan? Mesti budak-budak ni terkedek-kedek depan kau nak mintak tolong jadi itu, tolong jadi ini? Mesti kau tak suka kan?

Dah la tahun depan kau dah masuk final year, banyak benda nak kena buat. Itulah, inilah. Macam-macam. Orang tu suruh kau stay, orang ni suruh kau stay. Padahal masing-masing punya kepentingan diri, nak manipulasi, nak bonekakan kau, nak anakpatungkan kau.

kalau kau tanya akulah, muktamad, kau tak payah stay. kolej lain pun boleh stay.

bab matriks

kalau dalam filem the matrix tu, ada babak yang tunjuk aksi slow motion tu. yang sebetulnya, kalaujatuh motorsikal pun lebih kurang macam tu la jugak. bila jalan lepas hujan tu licin, brek pulak tak makan, haaaa, apa lagi. bila disk brake dah cengkam tayar, tayar lak tak grip kat jalan. sekali handle bar tu dah tak boleh dikawal lagi, aku pun melayanglah jatuh ke atas permukaan tar yang agak lembut macam tilam slumberland. memang macam dalam filem the matrix tu. slow je aku jatuh, boleh nampak macam moment tu slow sangat. last-last, alhamdulillah la ada sorang mamat dari libya ni tolong aku dan ditolaknya motor aku ke tepi .

"are you ok?"

"ok2, i'm fine, just minor cuts on my hands. no problem, i'll be fine.err, whats your name sir?"

"i'm abdullah, from libya".

memang bersyukur sangat sebab allah hantar si abdullah tu tolong, kalau tak, sure dah kena lenyek dengan kereta dari belakang. lepas tu pulak, motor takleh nak start. pulak dah. nasib la kolej si amali tu dekat je, kalau tak, terpaksa la aku tolak motor ni balik ke k6.

3 comments:

akuadalahaku said...

dats wut i feel...i dun wanna be a doll anymore..dun wanna force by anyone to involve any programme...

Anak Pendang Sekeluarga said...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

EIPUL said...

weyh, siyes ke ko eksiden?
huhu, patut ar aritu aku dgr apiz cakap ko eksiden...
sian ko...