Friday, June 19, 2009

Aku, Islamik ?

(Sambil menggoreng gitar dan ... )

(... menghembus asap makanan jin)

Mereka pun bertanya ...

"Wah, rajen eh gi surau? Doa2kan la kitorang"

Kadang-kadang dapat sedas (dan berdas2) soalan cepumas camtu. Kalau nampak budak2 yang ala2 rajin je singgah surau, mesti soalan tu yang datang menyambut. Hurm ... lepas tu boleh la pulak soalan2 camni yang datang (bertubi2) mengiringi soalan pertama tadi:

Boleh elak ke untuk menjawab?

Perlu ke menjawab soalan tu?


Ke jawab dalam hati je soalan tu?


Ataupun soalan tu terpacul sebab nak sindir2?

Salah ke singgah surau?


Dahtu, soalan ni selalu jugak orang tanya:

"Camne ye saye nak jadi baik cam awak?"

tak pun, camni:

"Awak tolong la saye berubah, boleh eh?"
(err.. aku pun terkapai2 lagi Bedah oii)

Dan lebih mencelarukan lagi, pernah la pulak orang tanye camni:



" Err, awak join PMI ke? "
(come on la, adakah kopiah + jaket hitam ala2 FBI = PMI? .. duhh)

Eish, memang pening nak jawab. Soalan2 camni tak memeningkan tapi soalan2 tu seolah2 telah meng-switch-on-kan 1 suis kat dalam hati ni, dan dengan tak semena2nye terkeluarlah soalan ni:

" Aku ni, Islam ke? "

" Layak ke aku bergelar Muslim? "

Bila fikir2 balik, memang tak salah orang nak soal kite macam2, mungkin diorang nak tau kebenaran dan mungkin diorang nak tau jalan. Tapi, aku terfikir pulak,

"Adakah aku orang yang sepatutnya menjawab soalan2 tu?"

dan

"Adakah aku bersedia untuk menjawab soalan2 tu?"

Hu3... adoi2..

WAAAARRRRGGHHH !!!!!
(anggap la aku tengah jerit ke-fed-up-an) ... (>__<)

Bukan fed-up sebab ape, tapi sebab aku fed-up dengan diri sendiri yang masih tak dapat nak jawab soalan2 yang sebegitu berat, such as:

"Adakah aku Islamik?"

(0__0)***

Sebab aku rase ape yang aku apply dalam idop seharian memang tak cukup ... dan dengan 'amalan (yang sikit) tu la orang nilai aku macam2. Adoyai, semua orang (aku rase) nak berubah, nak jadi baik, nak masuk syurga dan aku rase semua orang should start with being a good Muslim.

Hence, whoever yang rase2 nak jadi a good Muslim, should practise living Islamically by practicing amal2 yang soleh seperti jaga solat, zikir2, cakap benda2 yang baik, jauhi benda2 yang Allah SWT suruh etc.

" Is it wrong to be a good Muslim? "

Bukan geng2 surau je kene jadi baik, supposedly, the whole community kene berubah kearah kebaikan.

So, kenape soalan2 camni timbul?

Ape soalan yang sepatutnya ditanya?

Adakah entry ini akan berakhir dengan soalan2 yang tak terjawab?

* * * * * * * * * * * * *
~ Merepek, merapu, mengarut, meraban seorang diri ditemani kesunyian al-lail ~

16 comments:

EIPUL said...

siapa yg tanya soalan kelakar tu?; 'adakah kau seorang PMI?'
neway, semua orang ada kekuatan iman yg tersendiri, aku rasa aku tak sekuat ahli2 surau yg lain... huhu, takpe, aku cuba... LOL

Anonymous said...

hehehe...

Farah Abdullah said...

salam, yup sy kmpk.. awang ilham? jpp kn dlu?

Anonymous said...

kadang-kadang kita lebih senang melakukan sesuatu jika kita sudahpun tanamkan sepenuh kepercayaan dalam diri kita.

pedulikan mereka.

EIPUL said...

kamu telah di tag... g check kat blog aku. Jawab ea, serious fun. Betul tak tipu... heheh

Abu Khalid said...

Akhi...

Soalan-soalan tu semua merupakan umpan yang sangat baik untuk merubah

Belajarlah dari pengalaman yang akhirnya akh mampu mengislah mereka menggunakan peluru-peluru mereka sendiri

Bila nak mai baituna?

hilmi-atudisma said...

alang2 dah org tanye cmtu ajak la diorg jadi baik gak..
kite mmg x cukup baik tp dlm kite ade kesedaran yg x seberape tu, biarla org len dpt gak kesedaran yg same.. =D

Dr. Alex said...

salam..
guling2 dari iskandariah, tersampai ke blog brader awang ilham..

sori, takde kotak nk berbual kt sidebar.. so, mencelah kt komen..

salam jenguk2..

ana xm final 2nd sem mggu depan..
doakan ana n sahabat2 ex-kmpk kt cni..

www.friendster.com/yim90

AJ said...

salam alaik..syukran2..

halawatul iman said...

salam..
abg awng amik cos biotech ek?
bole x tlg send sdikit nota ttg cos 2,,
ubaidah_89@yahoo.com.my

halawatul iman said...

owh,, aritu cdg seminar biotech, ingat amik cos 2..

Anonymous said...

anggaplah itu semua tarbiyyah dari Allah wahai sahabat...

sume yang ada disekeliling kita adalah ujian..bak kata ustaz Azhar Idrus....

papepun kerja nak ajak orang jadi baik bukan kerja orang2 'alim' saje..p kerja sume muslim...

ingat hadis nie.."barang siapa mengucap syahadah maka dia adalah da'ei(pendakwah)...so jatuh hukum kepada muslim untuk ajak dieowng kepada Allah...

itu jer kut comment daRI diri yang dhoif nie...papepun same-same la kita berkongsi sekadar yg kita tau..walllahhua'lam...

halawatul iman said...

salam...
bole la kot,, tlg send ckit nota microbiology y ade..
tuk thun pertama sem 1 dlu eh...tq

halawatul iman said...

bole2,, ble free send la..syukran =)

WanitaMustanir said...

Salam, awang Ilham..

Nice sharing..
Teringat saya dengan kata-kata seorang teman bila saya baca entri ini. Dia juga selalu disoal sebegini.. Sehingga dia jadi tak tahu apa yang perlu dijawab.. hee

Apapun, jawablah dengan yakin terhadap persoalan yang dilontarkan. Apa jua pandangan dan persepsi mereka kepada anda, terimalah. Kerana anda adalah anda.

(^_^)

Anonymous said...

salam ziarah...
persoalan yg menarik,
mmg itu adalah situasi sebenar dunia skrag..kebnyakkn mrk ade yg berkata nnt bertaubatlah, nntlah aku jd baik.....tapi tggu sampai BILE?..kalu x de amik sebarang tindakan...lg satu yg terbuku dihati, org yg pakai tudung labuh n jubah bg muslimat akan ade org kata "ade bau2 PMI" dah dicop sbg PMI, di ugut itu ini.....tapi ana terima itu sbg satu "gurauan".....ini hnyalh sekadar coretan.