Monday, June 15, 2009

24 hours-leaders

Gambar di bawah merupakan secebis dari monumen kenangan semasa aku menjadi fasilitator kem 24 Hours JPP (anjuran Alumni KMPk) pada tahun 2008. Secara tuntas, 20 anak muda hingusan yang baru sahaja dilantik oleh rakyat Kolej Matrikulasi Perak (pelajar je) dibuli tanpa peri kemanusiaan oleh bekas2 JPP untuk tempoh 24 jam sampai lunyai. Dalam masa 24 jam, mereka diberi input2 mengenai kepimpinan dan mereka juga melalui modul2 untuk mengukuhkan silaturrahim antara mereka.

JPP KMPk 2008/2009

Kenangan 24 Hours JPP 2008/2009

1. Sebelum bermulanya 24 Hours JPP, golongan bekas2 JPP telah bermesyuarat di Bilik JPP untuk membuat garis panduan tentang modul2 yang akan dijalankan semasa kem. Setibanya Kak Mas (otai besar Alumni KMPk) di Bilik JPP, telah berlaku satu perdebatan yang agak panas antara perwakilan bekas2 JPP dengan Kak Mas bagi menentukan modul mana yang hendak dimasukkan ke dalam garis panduan kem. Sangatlah tidak logik untuk menggantikan modul yang telah dibincangkan selama hampir sehari dengan modul2 yang dibawa last minute. Perdebatan tersebut berakhir dengan kemenangan golongan bekas2 JPP. Hahhahahahahhaha (entah kenapa, aku berasa sangat berpuas hati pada masa tu)

2. Sejam setelah bermualanya kem tu, 20 budak2 JPP yang baru dilantik telah menangis berderaian air mata kerana telah berjaya di-psycho oleh En. Syahmie, En, Syawal, En, Apai dan En. Awang (huh?) dan hasilnya, seorang daripada mereka telah nekad meletakkan jawatan sebagai seorang JPP. Sedih, tapi itu fakta.

3. Banyak lagi kenangan, tapi sukar dicatatkan di sini. (Kebanyakkan pembaca blog hanya membaca 20 % daripada setiap entry blog, jadi, kenapa nak post panjang2?)

Kenangan 24 Hours JPP 2009/2010
(gambar akan di-upload kemudian..heheh)

1. En. Apai telah berjumpa dengan seorang JPP baru yang diminati. (Perangai miang En. Apai memang terserlah)

2. Untuk kali pertama, aku berjumpa dengan JPP baru yang sangat2 la teguh berpendirian. Tahniah buat En. Ipin, En. Afif, Cik Ummi, Cik Hawa dan Cik Saadah.

3. Modul untuk kali ini diselitkan juga dengan penggunaan Bahasa Inggeris untuk slot pengucapan awam. Bahkan, penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan JPP kali ini boleh dikatakan memuaskan kerana kebanyakkan daripada mereka memiliki kemahiran berbahasa Inggeris yang baik. Tahniah!

4. Dapat mendera budak2 JPP yang baru, tetapi sebab modul dah berubah, geng2 fasilitator tak dapat nak torture budak2 JPP yang baru sampai lunyai macam dulu.

5. Tehibur dengan nyanyian + lakonan di checkpoint explorace oleh budak2 JPP baru.

6. Barisan fasilitator tak puas hati sebab plan asal diubah2 (memang dah selalu berlaku pun) dan dibebel oleh otai. (apa nak hairan? memang dah selalu berlaku jugak)

7. Kem kali ini diserikan dengan sesi2 perkongsian yang provokatif dengan soalan2 yang memang killer dan lebih meriah lagi, ada jugak yang menangis time sesi perkongsian tu.(yeah!)

8. Banyak lagi kenangan, tapi sukar dicatatkan di sini. (Kebanyakkan pembaca blog hanya membaca 20 % daripada setiap entry blog, jadi, kenapa nak post panjang2?)

Tetapi, apa yang tersirat disebalik penderaan yang telah dilakukan, kami, barisan fasilitator sedar yang kejayaan kem ini tidak terletak di atas bilangan berapa orang yang menangis, tetapi ianya terletak di atas sebanyak mana input yang diberi dapat dicerna dan diamalkan oleh JPP yang baru dilantik sepanjang tempoh mereka berkhidmat.

Andai anda (JPP baru) membaca blog ini, saya, Abang Awang (cewah!), meminta maaf keatas segala kesilapan yang telah dilakukan dan all the best untuk anda semua !

5 comments:

EIPUL said...

ni baru ke dah lama berlaku? Aktif ek ko ngan aktvt KMPk... LOL, lama tak nampak ko kat blok... hiks

akuadalahaku said...

ni je komen ko bria nak tulis???heh

Anonymous said...

mcm best je...

Tinta Qubnani said...

salam ziarah,

saya salah seorang mangsa 'kekejaman' 24 hours JPP.

apa2 pun terima kasih banyak atas semua 'kekejaman' yang mengajar erti kehidupan seorang pemimpin...

nasz said...

biar la ingat sampai bble jgn 'kepimpinan itu wujud sementelah di jpp je' kat luar hampehh
tiap kali jd pemimpin dan time tu nk kne wat kejadah cm ni pun tak leh gak kan hoho ~emo lak