Tuesday, July 21, 2009

Finalé !!!

Siap menempuh final year !!!

Alhamdulillah semenjak last entry yang telah pun mencecah usia 3 minggu yang lalu, baru sekarang aku berjaya menggerakkan jemari nih berdansa di atas keyboard bagi meng-update post yang baru.

Final year yang agak mencabar, walaupun baru di peringkat permulaan, dengan final year project (fyp) proposal yang merangkak-rangkak untuk disiapkan. Fyi, fyp aku nih, alhamdulillah, dapat Dr. Shuhaimi Mustaffa as the supervisor and Dr. Puziah Hashim as the co-supervisor, and the fyp is titled "Antimicrobial activity of plant essential oil on acne-causing bacteria". So, kawan2 yang ada idea yang dapat membantu aku melancarkan lagi fyp nih, sila2lah forwardkan cadangan tu .. heheh.

Advencer finalé aku di negeri Fantasia ni (kalau korang baca Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani, korang akan faham mende yang aku mengarut nih) hampir tamat. Semester ni semester 5, semester depan dah semester 6 dah. Academically, CGPA pun dah mencapai tahap bahaya, perlu ditingkat gile2 cipan untuk post-graduate studies. Komrad yang lain dah pun menghabiskan 2 kredit subjek wajib kokurikulum (macam sakai la, watpe la diorang wajibkan?) semasa sesi pengajian yang lalu, maka, tinggal lah aku dan saudara Ahmad Hareez Mohamadiah (full name lak kan) terkedek2 menghabiskan 1 kredit kokurikulum di ambang penghujung pengajian.

Tahun ni alhamdulillah, agak tenang (tak setenang air di kolam) sebab tak banyak join program (banyak jugak sebenarnya). Junior2 pun baru kenal sorang-dua, malas nak kenal ramai2, bukannya aku ingat nama semua pun. Surau al - Hidayah Kolej Keenam makin diimarah, alhamdulillah, thanks to encik 'Uthman Omar serta geng-budak-surau (tepuk2) yang banyak gerakkan usaha nih.

Setakat ni je aku nak post, gua dah mengantuk, proposal tak siap lagi. Jadi, sape2 yang ter-singgah ke blog ni, doakan kejayaan aku (dan mahasiswa2 lain) dalam menempuh final year nih.

8 comments:

EIPUL said...

good luck awang! u can do it! menarik projek final year ko tu. Hehe. pasal acne ea? best best.

Danny Vengeance said...

blaja rajen2 jgn asyek maen fecbuk jer huhu

Awang Ilham said...

eipul: memang menarik, dan sebenarnya, dah ade orang yang buat research tu, so, aku fokus kat tumbuhan2 tempatan je, mainly: daun kesum, daun ketumbar dan buah pelaga.

danny: ko pon same la.. hahaha

Anonymous said...

dany mmg barai..
hahaha
ckp org lebih..
aik..
ada name aku..
leh wat saman nieh
ish3...
aku xske hisap rokok..
hahaha

Awang Ilham said...

tanpa nama: nama awak ada nilai komersial, sbb tu saya letak kat entry tu

mira said...

assalamualaikum..
en awang,bz nmpk??hehehe...
btw,g x sabtu ni??hari per??ne pe??
n kl x kebratan,tlg la bawakkan buku yg kepingin benar aku nk pnjam tu..jika ada kesudian la..=D

Awang Ilham said...

mira: wa'alaikumussalam cik mira, saya tak dapat nak turun sabtu ni sebab dah ada program terencana. mungkin cik mira boleh bagi saya alamat cik mira, nanti saya poskan buku tu.

Anonymous said...

ish..
mira mana pulak ni..
ish..