Friday, May 29, 2009

Blogger Versus Rempit


Ditanya pada anak muda itu, professionnya, mat rempit. Cukup yakin dan penuh ilmu didada bila bercakap tentang bidangnya. Dan ini komentarnya untuk blogger.

#1 Gua memang suka modified motor. Operate enjin, operate ekzos, setting sana, tukar sini. Itu belum dikira make up lagi. Baru nampak power, nampak ranggi.

Macam lu orang la blogger. Buat blog, letak macam2 plugin, tukar itu, touch up sini. Baru boleh tingkatkan performance, lain dari yang lain dan nampak profesional.

#2 Gua memang suka menunjuk2. Bila wheellie, bila wikang, orang tengok, orang tepuk. Itu satu kehebatan. Kalau orang TV datang ambik gambar, lagi gua buat2.

Macam lu orang la,ada blog mesti nak tunjuk2. Nak bagi semua orang tahu. kalau tak lu syok sendiri. Orang baca, orang komen, itu satu penghargaan.

#3 Gua memang suka kejar2 ngan polis, langgar roadblock itu biasa, langgar polis, pun biasa. Nasib tak baik kena tangkap, masuk lokap.

Lu orang pun apa kurangnya. Ada yang suka cabar polis, cabar kerajaan dan tak takut undang2. Tulis dalam blog berapi2. Silap haribulan kena tangkap, masuk lokap, masuk ISA. Tak caya lu tanya lu punya kawan Raja Petra, Syed Azidi dan ramai lagi yg kena tahan, kena saman.

#4 Jadi mat rempit dapat publisiti meluas. Boleh kalahkan juara AF. Media yang bagi nama, media yang agungkan dan media sebenarnya yang galakkan ramai anak muda jadi mat rempit. Anak muda biasalah, mana yang jahat, itu yang hebat.

Tapi lu orang pun sama juga. Sekarang orang media banyak dapat info pun dari blog. Gua tengok ada paper siap ada ruangan untuk blogger. Kadang2 blogger punya tulisan lagi hebat, lagi dasyat. Mana lu orang dapat info pun gua tak tahu. Bercakap seolah2 ada betul kat tempat kejadian. Bercerita pasal si anu seolah2 macam tinggal serumah, tidur sebantal.

#5 Merempit adalah hobi gua, macam lu lah, suka blogging. Masing2 punya minat.
Ragut? hey, itu bukan mat rempit, itu mat pet.

Diragut tanpa belas kasihan dari http://ohtidak.com/oh-mat-rempit-dan-blogger-adalah-sama/

Ulasan advencer:

  1. Harap-harap lepas ni kalau blogger yang nak cari rumah sewa, jangan lah cari rumah sewa dengan mat rempit, sure bertikam lidah, silap hari bulan, boleh bertumbuk.
  2. Ahli politik yang lebih berminat merampas kuasa perlu memikirkan masalah ni, bukan buat bodoh (ada perkataan yang lebih sesuai?). Kuasa yang korang ada tak bawak masuk ke kubur, comprende?

3 comments:

nabihah zulhemay said...

ecece..buat2 x tau plak debat ape..
kekekeke..
btw, selamat berpraktikal.
kalau sesape nak anak tikus lg, ade nih 3 ekor bru je beranak mlm td.

EIPUL said...

dan mungkin jugak blogger itu adalah seorang mat rempit, maka dia bertikam lidah secara bersendirian dengan bermonolog kesorangan... mungkinkah?

Lavender Pelangi said...

haha..blogger ngan mat rempit..
thanx belanja kitorang secret recipe malam tuh..sedap2..kalo sorang dapat sebijik kek lagi sedap..ngee~~~
semoga berjaya senior kmpk ku..