Mengajar di kelas tuisyen bukan satu pekerjaan yang mudah untuk dilaksanakan. Jujurnya, kerja mengajar ini bukan satu amanah yang mampu dipikul oleh sesiapa sahaja, mungkin segelintir, jadi syabas untuk para sahabat yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru. Sesiapa yang sudah biasa dengan teknik pedagogi mungkin dapat mengajar dengan lebih lancar.
Alhamdulillah, dengan setitis dari khazanah rahmat Allah SWT Yang Maha Kaya, aku telah diberi peluang untuk mengajar di sebuah pusat tuisyen. Subjek sejarah untuk menengah rendah dan biologi untuk menengah atas.
Sebagai selingan, istilah fight or flight (atau dalam bahasa Melayu pop-kontemporarinya boleh diistilahkan dengan lawan atau terbang) merujuk kepada satu keadaan cemas dimana sistem saraf dan sistem endokrin saling complement bagi menghasilkan tindakbalas untuk menghadapi sesuatu keadaan cemas, yang memerlukan keputusan dibuat dengan segera. Tanda-tanda keadaan lawan atau terbang ini dizahirkan dengan peningkatan kadar pernafasan, pengambangan pupil mata dan kadar degupan jantung juga meningkat. Keadaan ini telah berlaku bila pertama kali aku melangkah masuk ke dalam kelas tuisyen.
Isu mengajar bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng, sementalahan bagi aku, seorang pelajar yang terbiasa bergelumang dengan kaedah saintifik, mengajar merupakan satu cabaran.
Mengajar anak-anak bandar bukan satu perkara yang senang. Susah, sangat susah. Kerenah mereka sedikit berbeza dari anak-anak dari kawasan luar bandar. Kadang-kadang agak sukar dikawal, perlu disentuh hati mereka, barulah terpaku terus ke papan putih.
Tetapi, apa yang dapat aku simpulkan berdasarkan pengalaman minggu pengalaman pertama mengajar di pusat tuisyen itu ialah masalah pemikiran mereka. Mindset. Ada satu jenis pemikiran yang wujud di benak anak-anak bandar dan luar bandar ialah inferiority complex.
Contoh situasi inferiority complex:
Cikgu: Ok, cikgu nak tanya ni, siapa yang tahu suruhanjaya yang ditugaskan untuk menggubal Perlembagaan Malaysia 1945 diketuai oleh siapa?
Kelas: ........(Senyap)
Murid A: Cikgu, saya nak jawab.
Cikgu: Haa, silakan.
Murid: Lord Reid, cikgu.
Cikgu: Hm, betul tu. Eh, (sambil menoleh ke arah Murid B), apasal senyap je ni? Dari awal kelas cikgu tengok kamu tak cuba nak jawab pun. Takpe, kalau salah, nanti cikgu betulkan, bukannya cikgu nak marah kamu.
Murid B: Ala, cikgu, bukan saya tak nak jawab. Biar je la A tu jawab. Dia memang pandai.
Cikgu: (Dalam hati: Err, bukan ke korang datang tuisyen ni sebab nak jadi pandai?)
Sebagai seorang yang tidak pernah bertuisyen dengan bersungguh-sungguh (matematik tingkatan 3, itupun rajin ponteng & tidak mengikuti kelas tuisyen untuk menengah atas), aku merasakan anak-anak (bukan semua, kebanyakannya) yang menghadiri kelas tuisyen ini hanya menghabiskan duit titik peluh ibubapa mereka.
Kenapa? Mereka (kebanyakannya) tidak menyedari hakikat kepentingan menekuni kelas tuisyen yang telah dibiayai oleh para penjaga mereka. Hasilnya? Amat sedikit pemahaman yang dapat diambil oleh mereka di akhir kelas.
Masya Allah, mengajar kelas tuisyen menengah rendah agak sukar. Mungkin mereka masih muda untuk memahami isu yang tersirat ini.
Alhamdulilah, mengajar biologi menengah atas lebih mudah. Topik yang diajar setakat ini masih dalam ingatan, hormones dan cell division. Insyaallah, homeostasis dan meiosis pula menyusul untuk sesi minggu depan.
9 comments:
Salam..
tu satu sahaja cabarannya.hehe.Tenang, jangan mudah membuat kesimpulan. Jangan terlalu cepat memjatuhkan hukuman pada mereka. Dari konteks umur, mereka tidak matang lagi untuk meneliti hal titik peluh keluarga, hadapan cabaran dunia yang sempit, mahu belajar bersungguh2 untuk ubah nasib dunia dan mcm2 lagi yang difikirkan oleh golongan dewasa. Kalau ada pun sedikit bilangannya. Jadi, kalau anak murid tidak mahu belajar dlm kelas, salah itu jatuh kepada guru. Guru yang tak boleh membuat proses PNP itu menarik.
Ingat saudara, setiap kata berbekas di minda murid. Hati-hati dengan katamu. tetapi sebelum katamu keluar, mereka sudah pun melihat peribadimu secara luaran. jadi jagalah juga luaran mu agar sentiasa di pandang mulia oleh anak murid.
terima kasih tuan, nasihatmu akan dijadikan bekal spjg pjalanan..insya allah..
selamat pagi cikgu awang! bolehkah saya ingin jadi ketua kelas? Saya berkaliber oh... tak caya tanya kat akak jual apam balik kat flat ikan... hehehe
bole3..kpd adek epul, sile isi borg di kaunter pendaftaran ok..lampirkan skali sijil2 mse kt nursery dlu..maseh~
wahh...selamat pagi cikgu!!!
hehehhehee..... berbakat rupenyerh senior aku nehh!!!
rilekslah awang, at least budak2 mcm tuh dh besar pjg, dah tau baik buruk... aku nih, lagilah ngajar dak tadika yg x paham satu haram... ape kita cakap pun, die terkebil2 jerr...
x pe, asal ikhlas, insyaallah kite enjoy je kan...
enjoy ur journey!!
kte enjoiii !!! (mcm puteri)
*ps: mengajar = giving back to the society (",)
Teruskan perjuangan kental...........
d'rimba: insya allah, takkan sesekali berhenti XD
ngaa...luahan cekgu tuisyen...
**cikgu ini sgt berdedikasi kerna mmbuat persediaan sgt rapi sblm kelas..heheh
Post a Comment