Sunday, September 26, 2010

Kenangan beraya di oversea

Dah dekat dua minggu raya open house frenzy kat Malaysia berlangsung, boleh kata tiap-tiap malam ada je saudara dan kenalan yang jemput ke rumah diorang. Untuk seorang bujang, bulan Syawal secara automaticnya menandakan bulan kedua makan free. Bulan pertama makan free adalah di bulan Ramadhan, iaitu ketika buka puasa di masjid; sahur cukup dengan meneguk air kosong.


Sumber : sini


Aku tak pernah beraya di oversea, jadi tak dapat nak describe lah how they celebrate Eid over there. Tapi bila tengok kat gambar dalam salam perantauan, kat televisyen masa raya, it seems like they're having a jolly good time enjoying the festivities. Dan mak ngah, kak cik dan pak su kat di kampung hanya mampu bermimpi melihat muka anak-anak mereka terpampang di ruangan salam perantauan Utusan Malaysia dan Kosmo serta Harian Metro.


Beraya di Malaysia rasanya tak banyak beza di negara orang, ada makan-makan, ziarah dan sedikit tari menari (mungkin). Tapi entah kenapa aku rasa perayaan aidilfitri ni semakin jauh dari realiti. Maksudnya, adakah cara kita merayakan aidilfitri ni benar-benar mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulullah? I mean, let's be frank okay, semua orang nak suka-suka, happy-happy sambut raya right? Just who would give a second or two to think about how they're supposed to have fun kan?





Cuba kita imbas balik masa kita bersungguh-sungguh puasa dulu, solat kita pun kita try jaga, baca Quran pun cuba jugak la nak constant, tahajud dapat sekali dua pun dah kira okay dan mungkin jumlah duit yang kita sedekah masa bulan puasa tu ada la lebih sikit daripada kebiasaannya yang kita dok hulur seringgit dalam tabung masjid tu. Ada kita pernah kita buat post-mortem sikit tentang kenapa kita bersungguh-sungguh sangat masa bulan puasa tu?


Dan lepas bersungguh-sungguh masa bulan puasa tu, masuk Syawal kita dah mula dah goyang. Solat pun dah tak constant dah, Quran dari 20 page sehari dah jadi satu page je dan lain-lain. Rasanya rugi kesungguhan kita berhempas-pulas menjaga amal masa bulan puasa dulu tu, disia-siakan masa bulan Syawal.


Mungkin realiti kat sini, kita hanya bersungguh-sungguh tanpa memahami kenapa kita pulun habis beribadah dalam bulan Ramadhan dan kesannya jelas kita perhatikan masa kita menerima ketibaan bulan Syawal. Dan, kita ada sepuluh bulan lagi untuk tempuhi selepas itu. Dengan kualiti ibadah kita yang main-main tu, jauh lagi kita dari realiti yang diinginkan Allah kepada kita melalui ibadah puasa Ramadhan tu (al-Baqarah, 3: 182).


Dan mungkin sebab tu jugak, aku rasa sambutan raya di Malaysia adalah sama macam seolah-olah beraya di oversea. Quran dan sunnah ada dah depan mata, cuma jauh di hati. Bukan realiti, macam kenangan beraya di oversea yang tak pernah ada.

No comments: