Seorang mahasiswa yang melangkah masuk ke dalam universitinya pasti tahu dan faham akan matlamatnya menjejakkan kaki ke alam kampus. Hanya satu tujuan yang bermain dalam benaknya, meraih kejayaan. 4 flat. Dean list. First class honors. Anugerah naib canselor. The President Award. dan lain-lain trofi kejayaan yang jelas terbentang dalam fikirannya.
Lalu dia pun ke kuliah, dengar curahan informasi dan menyalin lecture notes yang berjela panjangnya. Tapi itu masih belum cukup buat pemuda itu. Dia mahukan lebih.
Sesudah tamatnya kuliah, dia bergegas pula ke perpustakaan. Di situ dia menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyemak semula nota kuliah yang disalinnya tadi. Dia menghafal formula-formula yang rumit, menekuni gambar rajah serta diagram yang memeningkan kepala dan melatih dirinya dengan soalan-soalan yang mencabar.
Akan tetapi, itu masih belum cukup buat pemuda itu. Di malam harinya pula dia duduk tekun di hadapan meja studynya, berdepan dengan timbunan buku yang dipinjam dari perpustakaan. Telinganya ditutup rapat dengan headphone Sony MDR-NC6 yang mendengarkan lagu Sing dari My Chemical Romance, matanya pula tertumpu ke arah soalan latihan yang baru difotostatnya siang tadi.
Pemuda tadi masih berasa tidak puas hati, jadi di hujung minggunya dihabiskan pula untuk group discussions. 10 pagi hingga 12 tengahari, 9 hingga 11 malam pada hari Sabtu. Hari Ahadnya pula dilunaskan ke Mid Valley, Lowyat ataupun The Mines. Sesekali kakinya melangkah ke Pavillion dan Times Square.
Di masa senggangnya, dia sering dilihat di gelanggang futsal berhampiran, di bilik rakannya bermain gitar ataupun menanti rakannya selesai mendownload movie terbaru. Ada masanya dia dilihat bersantai di kafeteria sambil berbual kosong. Di lain masa, dia turun ke program anjuran pimpinan kolejnya untuk mengutip points bagi tinggal di kolej. Begitulah kehidupan beliau untuk tiga atau empat tahun berikutnya. Di celah-celah masa sibuknya, disempatkan juga untuk membalas sms dari teman istimewanya.
Di satu sudut kehidupannya, sesekali dia menyempatkan dirinya untuk singgah di surau. Solat berjemaah untuk beberapa minit kemudian balik semula ke biliknya. Pada hari Jumaat pula dia ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, memberi sumbangan sebanyak RM 1.00 setiap minggu dan kalau sempat dia akan lepak seketika mendengar ceramah di surau berdekatan.
Ideally, itulah kehidupan seorang mahasiswa yang normal.
***
Sebelum melangkah masuk ke universiti, si ayah berpesan kepada anaknya,
"Masuk u, belajar elok-elok. Dapat kerja gaji tinggi nanti senang hidup"
Oh tidak, rupa-rupanya semasa di sekolah lagi si anak telah diberi peringatan,
"Kamu kalau tak cemerlang dalam akademik, macam mana kamu nak hidup nanti?"
Ada masanya anak itu disindir,
"Haih, kamu ni bila nak buka buku belajar?! Malu mak tau dengan anak kawan-kawan mak, semuanya pandai-pandai!"
Semasa di kampus pula, ada suara yang mengeluh,
"Kalau lah aku rajin sikit masa sekolah dulu kan best. Member aku ada yang dah sampai kat France, Canada. Kat Russia pun ada. Aku je yang stuck kat Malaysia nih"
"Masuk u, belajar elok-elok. Dapat kerja gaji tinggi nanti senang hidup"
Oh tidak, rupa-rupanya semasa di sekolah lagi si anak telah diberi peringatan,
"Kamu kalau tak cemerlang dalam akademik, macam mana kamu nak hidup nanti?"
Ada masanya anak itu disindir,
"Haih, kamu ni bila nak buka buku belajar?! Malu mak tau dengan anak kawan-kawan mak, semuanya pandai-pandai!"
Semasa di kampus pula, ada suara yang mengeluh,
"Kalau lah aku rajin sikit masa sekolah dulu kan best. Member aku ada yang dah sampai kat France, Canada. Kat Russia pun ada. Aku je yang stuck kat Malaysia nih"
***
Kehidupan ini semacam satu rotational motion, bukan macam roda, tapi rotational motion. Satu kitaran yang tak pernah berhenti, yang dilalui oleh manusia secara berfasa. Bermulanya dari saat kelahiran hinggalah saat ditalkinkan. Hasil dari kitaran yang tak pernah berhenti ini, wujudlah bermacam jenis manusia yang terhasil dari pengalaman masing-masing dalam melalui kehidupan itu.
Kita mudah merasa puas kerana kita beranggapan kita telah berjaya melalui kehidupan itu dengan sepatutnya. Masuk tadika, masuk sekolah, A-levels, universiti, kerja, kahwin, rumah, kereta, tanah, ladang, anak, tua, golf. Dan akhirnya mati. Umumnya, itulah kehidupan sempurna.
Kehidupan yang berputar dalam satu never ending cycle. Yang kita wariskan kepada anak kita. Mungkin juga kepada cucu dan cicit kita. What a shitty life that is.
Kita memilih untuk menjadi apa dan siapa dalam kehidupan kita, lalu kita tanpa sedar jatuh dalam satu jurang yang sangat dalam. Tanpa mampu kita mencari jalan keluar. Satu jurang yang gelap, yang dilalui oleh mereka yang tak kenal tujuan hidup dan kemana pengakhiran hidup mereka. Belajar, kerja, kahwin, mati. Dan seterusnya.
***
Pernah wujud di dunia ini satu generasi, yang disebut oleh Sayyid Qutb sebagai al-Jillun Quraniyun Fareed (Generasi Quran Yang Unik). Generasi yang menjadikan Allah sebagai satu-satunya ilah dalam hidup mereka, lantas mereka hanya menjadi sebenar-benar hamba kepada Allah sahaja. Al-Quran menjadi panduan mereka dan Rasulullah menjadi teladan mereka.
Generasi itu mempunyai impian yang sangat besar, iaitu memastikan hanya Allah sahaja menjadi sembahan di setiap inci tanah di muka bumi ini. Mereka meluaskan jajahan Islam dengan harapan untuk membebaskan manusia dari menyembah sesama manusia (menjadi hamba kepada sistem, falsafah dan ideologi ciptaan manusia) kepada penyembahan hanya kepada Allah.
Lantaran dari itu, pada akhirnya wafatnya mereka di serata alam dan bukannya di atas katil empuk yang selesa di rumah masing-masing. China, Nusantara, Sepanyol, Perancis, India, Syria ...
Seawal usia belasan tahun mereka merengek meminta untuk keluar menunaikan impian mereka itu, seawal usia itu mereka menjadi para ulama yang diminta untuk berfatwa, seawal usia itu mereka berada ribuan kilometer dari keluarga tersayang semata-mata untuk menegakkan kalimah tauhid di bumi ini.
Nah, itulah mereka. Bagaimana dengan kita?
4 comments:
Akhi, mohon copy paste. Tapi taknak letak link nta, boleh?
Baru la ikhlas kan?
(-_-)""
bak kata obefiend, 'ulama' riwayat hadith pun letak reference(nama perawi) tau!'
obe dah ada al-fahmu tu
hahahha
Post a Comment