Wednesday, December 8, 2010

Orang agama yang kecundang 1


Slavery is any system under which human beings are the property of others.It is usually regarded as a form of unfree labour. Slaves can be held against their will from the time of their capture, purchase or birth, and deprived of the right to leave, to refuse to work, or to demand. In some historical situations it has been legal for owners to kill slaves.


***


Dalam membincangkan tentang sejarah ketamadunan manusia, hendak tak hendak kita tak dapat nak lari dari membincangkan kesan agama terhadap sesuatu masyarakat itu. Golongan agamawan kebiasaannya menduduki strata yang tinggi dalam struktur sosial dan terlibat dalam proses membuat keputusan secara langsung atau pun tidak.


Dalam sejarah kemanusiaan yang panjang ini, agama dan agamawan tidak dapat lari dari dipergunakan oleh golongan pemerintah, ataupun ditekan oleh pemerintah. Prof Hamka membentangkan dengan baik sekali (dalam karya beliau, "Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial) contoh penyelewengan agama Kristian (oleh para paderi) yang digunakan semasa era Perang Salib untuk menyuburkan semangat fanatisme buta (tentera salib) terhadap agama Kristian, hingga menyebabkan Perang Salib meleret hingga 200 tahun. Dan di dalam sejarah muslim juga ada contoh yang dapat kita lihat, bagaimana Imam Abu Hanifah yang disiksa akibat menolak jawatan demi jawatan yang ditawarkan oleh gabenor Iraq, Yazid bin Hurairah al-Fazzari (di bawah Khalifah Bani Umayyah kelima, Abdul Malik bin Marwan). Contoh yang agak kontemporari mengenai peranan yang dimainkan oleh golongan agamawan dalam menentukan halatuju sesebuah negara dapat dilihat dengan jelas semasa Revolusi Iran yang berlaku pada 1979.


***


Membawa perbincangan tentang orang agama di satu medan yang lebih kecil, lebih tepat lagi di universiti putra malaysia, ada satu trend yang menarik yang dapat aku lihat sepanjang tiga tahun aku belajar di universiti adalah fenomena kecundangnya orang-orang agama. Secara jelasnya, orang-orang agama yang dimaksudkan adalah,


1. Budak-budak bekas sekolah agama (atau ada background agama)


2. Budak-budak yang tak sekolah agama, tapi ada tendency nak jadi baik


Dan bila membincangkan tentang istilah kecundang itu, aku merujuk secara spesifik kepada satu keadaan dimana lenyapnya potensi untuk berubah (atau hanyutnya mereka dalam mengekalkan identiti) diorang dalam menjalani kehidupan di universiti ni.


Aku berpandangan isu ni merupakan satu isu yang wajar diberi perhatian yang khusus oleh golongan pemerintah kampus (pentadbiran kampus baik di kolej mahupun fakulti; dan pimpinan mahasiswa) dan rakyat kampus (mahasiswa) sendiri sebab golongan mahasiswa yang baik-baik ini akan menjadi balancing force dalam sesuatu masyarakat kampus tu. Sudah tentu akan ada sebahagian yang menyeru ke arah yang mungkar (sedar atau tidak), satu ketetapan Allah (sunnatullah) pasti akan terjadi di mana akan sentiasa ada golongan yang menyeru ke arah kema'rufan,




Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;



(Surah al-Hajj, 22: 40)


Dan digambarkan dalam sebuah hadith dimana bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.


Begitu signifikan sekali kewujudan golongan manusia yang menginginkan pembaikan (islah) masyarakat ini hinggakan eksistensi mereka dicoretkan di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah. Justeru, adakah alasan bagi kita untuk menolak dari memberi perhatian yang sewajarnya terhadap isu ini?


***


Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, orang-orang agama yang wujud di dalam masyarakat kampus terbahagi kepada dua golongan (budak-budak bekas sekolah agama atau ada background agama dan budak-budak yang tak sekolah agama, tapi ada tendency nak jadi baik) dan pada pendapat aku, pembahagian kelas-kelas sebegini hanya akan membuat entry ini meleret-leret semata-mata untuk membincangkan penyelesaian satu-persatu untuk tiap-tiap kelas.


Dalam pandangan aku, kedua-dua kelas ni ada pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah ni (masalah hanyut - untuk golongan 1 dan masalah lenyap - untuk golongan 2) akan tetapi isu asas dalam menyelesaikan kedua-dua masalah ni adalah faham.


*P/S: Insyaallah bersambung ke bahagian 2

3 comments:

Anonymous said...

Salam....walau tak ramai follower..walau takde background music...walau takde kaler2 terang background page.....blog lu memang terbaik kerana bermanfaat. Keep up writing man!

Anonymous said...

anon,

takde name camne aku nak compliment ni?

(=_=)""

Hanisah Safian said...

setuju dgn anon.hehe :P

terima kasih berkongsi ilmu!

singgah dari KOMUITI BLOGGER UPM. :)