Tuesday, January 25, 2011

Demi matahari, dan sinarnya di pagi hari.


Pagi itu agak sejuk, lopak air bertaburan di sekitar kawasan pasar berhampiran warung kami menjamah sarapan. Hujan semalamnya terasa menghantarkan rasa sejuk hingga ke tulang.


Ya, suasana makan pagi di sini agak berbeza berbanding di Sri Serdang. Adanya keluarga Cina dan India yang turut singgah di kedai makan Melayu membuatkan aku menghimbau zaman hingusan dahulu, kenangan bermain, belajar dan bergurau dengan teman dari berbagai kaum tanpa sebarang prejudis.


“Ana rasa research ana ni macam tak ke mana la akhi …”, Edi membuka bicara.


Segelas teh tarik disua ke mulutnya, “gaji yang ana dapat pun tak dapat ana nak rolling untuk perbelanjaan lain”.


Kami diam, menanti Edi menyudahkan ayatnya.


“Ana rasa nak tukar kerja lah. Nak cari kerja yang sustainable sikit, boleh jugak nak buat simpanan untuk masa depan.”


“Dan juga untuk baitul muslim enta ya akhi”, aku menokok.


Ketawa antara kami mengapung ke udara, menambah kepada suasana riuh di pasar itu.


Masing-masing senyap, sambil menyuapkan makanan. Edi dengan nasi lemaknya, Akmal dengan nasi ambengnya, Syazwan dan Shahidan dengan roti canainya. Aku menghiris kecil kuih di atas pinggan.


“Inayah Allah. Itulah yang patut kita harapkan.” Syazwan, al akh yang ruhi, menyambung bicara.


“Kita buat kerja apa sekali pun, kalau kita tak ada doa supaya berada dalam inayah Allah, sia-sia je semua yang kita buat”.


Inayah? Rasa macam pernah dengar. Tapi kat mana ya? …


“Kita berada dalam nikmat Islam, indahnya rasa beriman, ditambah lagi dengan bestnya berada dalam dakwah dan tarbiyyah ini ya akhi, adalah inayah dari Allah.”


“Senang cakap, inayah Allah ni adalah kehendak Allah buat hambaNya yang ingin menuju kembali kepadaNya.”


Oh, itu rupanya inayah. Rasanya susah aku nak dapat tazkirah sebegini. Lebih-lebih lagi bilamana dalam suasana tenang dan aman dari musibah.


“Cuba kita reflect balik. Adakah apa yang kita buat dalam hidup kita ni adalah untuk menghidupkan dakwah dan untuk Islam? Atau kita hanya buat untuk mencapai kesenangan semata-mata?”


Alhamdulillah.


***

Awang Ilham
Perpustakaan Sultanah Zahirah, UTM Skudai
Januari 25, 2011

3 comments:

Al-Mufakkir Hamidi said...

:)

zabed said...

herm...*sambil mengangguk-anggukkan kepala*

Anonymous said...

boleh jadi penyelidikan nya dirasakan tak kemana.
mungkin kerana Edi itu telah pun menjalankan penyelidikan yang lebih canggih di negara bangsa asing.
mungkin hasilnya sekadar menyumbang kepada badan ilmu tempatan.
walauapapun,bukankah setiap perkara bernilai di sisiNya ?