Friday, January 28, 2011

Übermensch


Dibersihkan kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkan fikirannya daripada angan-angan yang jahat. Dipejamkan matanya daripada melihat kekejian. Ditulikan telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. Dipelihara lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisi perutnya dengan rezeki yang haram. Ditahan tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalib atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawa ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam pandangannya, yang paling dimurkai ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-sifat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa'at bagi dirinya.


- Al Maududi, Asas-Asas Islam.


***


Teks-teks agama saja tidaklah dapat membuat sesuatu. Buku Al Quran saja tidak dapat melakukan pembentukan seorang lelaki. Prinsip-prinsip saja tidaklah cukup untuk hidup, sehingga berbentuk perilaku.


Kerana itu tujuan utama yang hendak dicapai oleh Muhammad SAW adalah membentuk lelaki, bukan memberikan pidato-pidato; membentuk hati nurani, bukan berbicara; membentuk suatu umat, bukan menyusun suatu filsafat. Al Quran yang mulia memberikan jaminan terhadap gagasan ini. Misi Muhammad bukanlah menjadikan gagasan sebagai orang yang dapat diraba tangan dan dilihat mata saja.


- Sayyid Qutb, Kemenangan Muhammad bin Abdullah.


***


Awang Ilham
Perpustakaan Sultanah Zahirah, UTM Skudai
Januari 28, 2011

No comments: