“Desir pasir di padang tandus,
segersang pemikiran hati,
terkisah ku di antara cinta yang rumit.
Bila keyakinanku datang,
kasih bukan sekadar cinta,
pengorbanan cinta yang agung,
ku pertaruhkan …”
Sejujurnya perkenalan aku dengan Mesir adalah dari kaca televisyen dan bacaan. Di waktu kecilnya aku ada melihat binaan gah Firaun yang masih wujud hingga ke hari ini. Hegemoni T. Anandakrishnan mulai menjajah ruang tamu rumah aku bila ayah memasang Astro. Discovery Channel adalah antara saluran yang kami adik beradik mesrai, selain AXN dan Cartoon Network. Aku mula mengenal Mesir dengan “agak” mendalam melalui Dr. Zahi Hawaas. Melihat beliau mengembara mencari tinggalan tamadun Mesir membuatkan dia nampak seperti Indiana Jones. Cuma sejak kebelakangan ini Mesir mula menjengah ke dalam ruang hidup aku. Ada kawan yang pergi melanjutkan pengajian kat sana, peristiwa Mavi Marmara yang ada melibatkan Mesir dan tak lupa juga novel Ayat-ayat Cinta.
Itu sedikit mengenai Mesir yang aku kenal.
12.00 am.
Bunyi dentuman mercun sahut-menyahut, melakari malam di Serdang dengan bunyi yang aku kira agak mengganggu. Di tanah ini, semuanya boleh. Pakai saja nama agama atau bangsa.
Keesokan harinya rakyat Malaysia akan menikmati cuti selama 4 hari. Nikmatnya hidup di Malaysia, yang aku risaukan akan menjadi ujian bagi aku. Keselesaan sebagai istidraj. Na’udzubillah.
Saluran Al Jazeera di Youtube menghidangkan komentar dan siaran langsung dari Dataran Tahrir. Anak muda di sana memenuhi jalanan, berarak dan melempar kata-kata juga ketulan batu. Aku kira apa yang lebih penting adalah mereka menuju suara hati yang telah lama mereka pendamkan, batu kerikil yang menjadi alatnya.
Hasbunallahu wa ni’mal wakeel, bersulam di balik laungan revolusi.
Di Tahrir Square, mata dunia menanti runtuhnya satu kekuasaan taghut yang telah melakukan opresi terhadap rakyatnya untuk 30 tahun. Runtuhnya monolith tirani di Bumi Kinanah ini yang terinspirasi dari Revolusi Jasmin di Tunisia digambarkan sebagai hasil Domino Effect. Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman melukiskan situasi di Mesir sebagai gegaran 7.0 pada skala Richter berbanding 3.0 di Tunisia.
Di Alexandria, Kaherah dan Suez; protes yang berlaku secara sistemik itu mengobarkan semangat anak muda di seluruh dunia. Kedutaan Mesir di setiap pelusuk bumi ini berdepan dengan para demonstran. Sarajevo, Seoul, Jakarta, Houston, Paris, Athens, Berlin dan Montreal, teriakan pembaharuan bergema di tiap koordinat utama. Anak muda yang menjadi aktor utamanya.
Malam ini, ucapan as-Syahid al-Ustadz Hassan al-Banna seolah-olah membisikkan sesuatu mengenai anak muda. Katanya, anak muda itu adalah anasir perubahan. Agen-agen taghyir yang punya asas keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha.
Aku masih ingat lagi pesan yang disampaikan al-Ustadz, “Anak muda yang tumbuh dalam suasana penindasan akan berjuang sehabis mungkin bersama kafilah bangsanya yang terjajah untuk mengembalikan hak mereka.”
Mereka, anak muda Mesir dan di seluruh dunia, adalah pengemban satu tanggungjawab yang berat. Satu taklif untuk membebaskan bumi ini dari cengkaman perhambaan sesama manusia kepada tunduknya seluruh umat manusia di bawah satu pemerintahan yang haq.
“Bukanlah jalannya bahawa bumi ini lepas bebas dari tangan taghut berbangsa Romawi atau taghut berbangsa Parsi untuk berpindah tunduk di bawah tangan taghut berbangsa Arab kerana taghut itu adalah tetap taghut jua.”, ujar as-Syahid Sayyid Qutb.
Dia menambah,
“Tiada undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah, tiada syariat yang lain daripada syariat Allah, dan tiada kuasa seorang tertentu di atas orang lain, kerana kuasa dan kekuasaan memerintah itu adalah kepunyaan Allah; kerana rupa bangsa dan kewarganegaraan yang dimaksudkan oleh Islam untuk seluruh umat manusia itu ialah rupa bangsa yang berbentuk akidah, dalam mana sama sahaja orang Arab, orang Parsi dan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah.”
Ya, anak muda yang seharusnya tidak duduk menggauli perkara yang tiada membuahkan manfaat. Kerana apa?
Al-Banna menjawab,
“Al-waajibaat aktsaru minal auqaat. Kewajipan itu melebihi masa yang ada.”
***
Awang Ilham
Badar, Seri Kembangan,
Februari 3, 2011

1 comment:
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
Post a Comment